Thursday 28 May 2015

Coretan buat Puteriku yang bakal dilahirkan...



Assalammualaikum..

Terasa lama sda tidak mengunjungi ruangan blog ku ini.. rasa hampir dua tahun. Namun kebelakangan ini terasa hendak menulis....

Hari ni genap 28 minggu anakku  didalam kandunganku. Umi tidak pernah menyesal mengandungkanmu. Kau anugerah tuhan kepada Umi dan Abah. Umi tidak sabar menunggu kehadiranmu sayang seperti mana Umi tidak sabar menunggu kelahiran Abang Daniesh dan Kakak Danieyah..Ibu Doakan agar dirimu kuat disana.. (dalam kandungan Umi dan dilindungi oleh Allah s.w.t).

Kisahnya ...

30/11/2014: Umi mendaftar di Klinik Gadong. Umi sangat gembira sebab tuhan kurniakan kandungan ini. Umi tidak sabar untuk melihat kandungan Umi membesar setelah sekian lama umi menunggu. sebelum adik melekat dirahim umi, Umi pernah mengalami keguguran. Tapi rezeki Allah Umi dikurniakan Adik.

Dipercepatkan cerita ...

08.04.2015: Umi buat pemeriksaan kesihatan di KKIA. Doktor yang memeriksa Umi meletakkan gel diatas perut Umi untuk memudahkan Umi melihat adik, Umi tak sabar melihat adik berada dikandungan Umi melalui Ultrasound itu. Umi perasaan muka Doktor tersebut berubah, Umi bertanya kepada doktor tersebut " Kenapa Doktor ada masalah Baby saya". Doktor tu cakap macam ada benda dibahagian leher baby saya. Doktor tersebut merujuk untuk menemui Doktor Pakar di Likas.

Umi diberi satu tarikh yang Umi rasa terlalu lama bagi Umi. Umi tidak sabar mengetahui keadaan anak Umi . Umi ada juga buat scan di klinik swasta namun klinik tersebut mengatakan baby Ok. Umi gembira dan yakin baby Umi sihat.

14/04/2015: Sebelum Umi dirujuk ke Doktor Pakar Umi di Rujuk kepada dua orang Doktor yang dikira berpengalaman dalam Scan ni, keputusannya sama. Umi cuma menahan air mata Umi namun Umi yakin anak Umi sihat, diorang cuma doktor bukan Allah swt. Umi yakin anak Umi sempurna, namun jika Allah swt mengkehendaki begitu Umi redha dan Umi pasrah, tapi Umi minta agar Allah swt berikan Umi kekuatan dan ketenangan untuk menerima apa pun keadaan Anak Umi.

Tika ini anak Umi ligat bergerak dalam rahim Umi, Umi gembira saat gerakan itu terasa kuat gerakkannya. Umi sedih kiranya Umi kehilangan gerak itu..

15/04/2015: 7:00am -Umi dan Abah berangkat  ke Hospital Likas untuk berjumpa Doktor Pakar disana, dalam jam 9:30am puas mencari tempat parking kereta akhirnya dapat juga tempat parking, Allah swt mempermudahkan segalanya. Dekat jam 11:00 pagi baru lah nama Umi dipanggil ketika itu Abah juga dipanggil masuk untuk melihat sendiri keadaan Adik. Hasil diagnosis Doktor tersebut memberitahu hasil yang sama. Terdapat cecair berlebihan di bahagian leher dalam bahasa sains "Cystik Hygroma", Doktor tersebut juga memaklumakan Umi dan Abah terdapat beberapa ketidak normalan pada anak Umi. Umi menangis didepan Doktor dan Nurse-nurse yang ada pada masa itu Umi sangat sedih mengenanangkan nasib adik disana. Doktor tersebut turut menyatakan yang anak Umi tidak dapat bertahan lama sama meninggal diperut atau sejurus selepas dilahirkan. Umi harap itu cuma ramalan Doktor sahaja siapa dia untuk memutuskan umur orang. Allah swt lebih tahu. Allah swt telah merencanakan yang terbaik untuk kita sekiranya dia menginginkan begitu Umi harap dia berikan Umi kekuatan menempoh ujianNya.

Buat masa ini Umi, cuba menerima hakikat dan hanya menunggu kelahiran anak Umi. Umi doakan semoga anak Umi sihat yang sempurna cerdik berakal dan beramal soleh. Amin
Umi hanya mampu berdoa untuk adik selebihnya biarlah Allah swt yang tentukan.

Thursday 17 January 2013

DANIEYAH DAH 2 TAHUN...




Dua tahun la... tapi gaya dan perangai macam urang dah empat lima tahun.... tapi bagi Umie Danieyah terlalu kecil lagi....masih belum membezakan yang mana baik dan mana buruk.. Danieyah terlalu manja, cingging tak tau lagi apa istilah yang mengambarkan Danieyah sangat manja tapi Umi suka....

Ini juga en3 tertunggak hari ni baru ada masa sikit dapatlah update 2 , 3 en3... Kisah ni berlalu hampir dua bulan dah Danieyah dua tahun pada 28.11.2012 tapi sekarang dah 18.01.2013... nampak tak perbezaan tu...Umi bukan tak nak update cuma sekarang Umi sangat sibuk dengan bebanan tugas dan masa yang terhad dengan urusan luar.... Walau bagaimanapun Umi tetap Udate untuk bahan bacaan anak Umi kelak....
Umi Sayang Danieyah Happy Birthday Danieyah yang ke dua tahun semoga kita di panjangkan umur dan diberikan kesihatan baik agar kita masih  dapat di satukan untuk saling menyayangi antara satu sama lain.. Amin...

Umi sebenarnya penat nak buat birthday sebab lepas tu mesti banyak kerja nak buat tapi untuk anak-anak Umi, Umi belakangkan rasa penat Umi Ikhlas untuk anak-anak Umi.. Umi gembira apabila dapat melihat kegembiraan anak2 umi... Tiap kali hampir birthday Danieyah dan Daniesh Umie sentiasa fikir menu apa yang nak di masak, kek macam mana... Umie akan cuba fikir yang terbaik untuk anak Umie....syukur lah alhamdulilah Umi masih diberikan kekuatan untuk memasak sedikit menu....

Pastu mari kita lihat sedikit gambar birthday Danieyah yang ke Dua tahun...




Pastu kan Danieyah menangis sebab Danieyah nak potong sendiri kek tu... Siaplah kalau Danieyah yang potong hancur berkecai la jawabnya.... Mana2 gambar sepupu2 yang tak masuk tu apa boleh buat la ye... Next time... Apapun birthday Daniesh tak lama lagi....

DANIESH DAH SEKOLAH!!




Assalammualaikum..... dan salam jumaat....
Lama sudah rasannya tak update blog... tengok2 dekat nak bersawang sudah blog ni.. Tapi ku kuatkan hati juga mengupdate blog ni kerana ia merupakan salah satu ruangan kesayanganku untuk menceritakan tentang hal anak2 ku..... untuk kenangan mereka apabila dewasa kelak....

En3 hari ni sebenar dah lama pada hari pertama budak2 naik sekolah pada 02 Januari 2013, tapi gambar lambat di upload kerana masa tidak mengizinkan dan ada beberapa sedikit masalah yang melewatkan aku mengupdate en3.. Syukur alhamdulilah di hari jumaat ini aku masih lagi dipinjamkan nyawa oleh Nya... untuk menghirup udara dibumi yang indah lagi permai...Dan masih lagi dberi peluang olehnya untuk berbakti kepada Anak2 Umie ...

Syukur alhamduliah sudah tiga minggu dah Daniesh bersekolah di sekolah KEMAS. Umi nak cerita sikit pada hari pertama Daniesh sekolah Daniesh menangis sebab tengok budak2 lain menangis.. Umi juga ikut bersedih tapi Umi tau Daniesh kuat macam Umi.. Sebenarnya Umi tak sampai hati meninggalkan Daniesh disekolah pada hari pertama persekolahan Daniesh tapi Umie kuatkan hati Umie untuk balik kerumah meninggalkan Daniesh dan kawan2 dalam keadaan Daniesh menangis yang teramat sangat, sebab umi yakin Daniesh boleh bergaul dan cepat mesra .. Umi yakin dengan anak umi.... 

Umi sebenarnya terlalu awal bagi sekolah Daniesh, sebab Daniesh baru masuk 4 tahun tapi umi yang tak sabar melihat anak Umi memakai pakaian seragam sekolah walaupun hanya pakaian sekolah KEMAS... anak Umi memang segak dan tampan dengan pakaian sekolah...walaupun sebenarnya umi sangat kecewa sebab Daniesh tak dapat bersekolah di PRA sekolah tahap satu untuk budak2 lima tahun... Untuk pengetahuan Daniesh Umi beberapa kali sda mengurus pergi Jabatan Pelajaran agar membagi peluang Daniesh bersekolah di tempat yang lebih baik dari KEMAS tapi amat mendukacitakan permohonan umi di tolak sebab umur Daniesh baru 4 tahun... Umi tebalkan muka Umie untuk berjumpa dengan pegawai di Pendidikan tersebut memhon agar Daniesh ditempatkan di Sekolah PRA Sekolah tahap 1 bersama -sama kaka pinas sepupu kesayanga Daniesh...Umi menceritakan kepada pegawai berkenaan yang Daniesh sudah pintar pergi ke tandas sendiri dan mencuci sendiri ...Umi tau sekolah tu memang cantik berbanding sekolah Daniesh sekarang tapi itu bukan ukuranya yang penting Daniesh rajin belajar....Umi juga nak bagi tau Daniesh yang umi juga ada daftarkan Daniesh di sekolah yang dekat tempat umi berkerja tapi umi belum ada lesen memandu... tu la pasal!!!

Mari kita tonton sedikit gambar yang umi dapat ambil...

di hari pertama persekolahan Daniesh
di pagi hari pada pertama persekolah... hensom tak!!!
sempat lagi main basikal sebelum pergi ke sekolah
Adik nieyah yang selalu menemani abangnya di awal pagi
 Tapi sekarang Daniesh dah ok, Daniesh tak nangis kalau setiap kali Umi kasih bangun nak pergi ke Sekolah Daniesh laju saja macam dah 1 tahun pergi ke sekolah dan Daniesh dah biasa dengan guru kelas Daniesh.. Umi je yang belum kenal cikgu Daniesh... Daniesh cakap cikgu Daniesh cantik... Tak tau la aku kalau cigu dia tau yang anak umi ni selalu puji cigu cantik... mungkin tu sebab Daniesh suka ke sekolah ...

Ok la itu saja untuk hari ini........
 

Wednesday 17 October 2012

Gambar Raya 2012




Hanya gambar....
Gambar diambil pada raya Pertama 2012
Raya Pertama     

Tuesday 9 October 2012

Anugerah seorang anak kepada kita



~ Perbualan seorang bayi bersama Allah S.W.T sebelum kelahiranya~

Sumber ini diperolehi daripada Harian Metro...
Semalam melawat sepupu yang baru sahaja melahirkan cahaya mata yang pertama anak lelaki.. Saya ucapkan tahniah kepada Suryatini Ismail semoga dengan kehadiran orang baru makin bertambah ceria dan meriah rumahtangga. Sebenarnya lama sudah nak kongsi cerita ni.. waktu baca harian metro tu untuk mengisi blog saja tapi tak ada masa nak taip hari ni adalah diberi kelapangan sedikit untuk menaip... kisah tauladan ni mmg menarik tu menyebabkan saya tak sabar nak kongsi dengan kawan2 mana tau ada kawan2 yang tak sempat lagi membaca harian metro: ~

 Alkisahnya bermula begini

Adalah dikisahkan pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata...
Bayi tu bertanya kepada Tuhan.: "Para malaikai disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia. Tetapi bagaimana cara saya hidup disana? Saya begitu kecil dan lemah."
Tuhan menjawab: " Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.  
Bayi bertanya lagi: " Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa. Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia"
 Tuhan menjawab:" Malaikatmu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia disana". 
Bayi bertanya lagi: " Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?"
Tuhan menjawab: "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata".  
Bayi bertanya lagi: " Apakkah yang boleh saya lakukan ketika ingin berbicara kepadaMu?"
Tuhan menjawab: ''Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu." 
. Bayi bertanya lagi: " Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?".
Tuhan menjawab: " Malaikatmu lah yang akn melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.". 
Bayi bertanya lagi: " Tapi saya akan merasa sedih kerana tidak dapat melihatMu lagi".  
Tuhan menjawab: "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajrkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu,walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu." Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran. Dan Sang bayi bertanya perlahan: " Tuhan , jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang kamu maksudkan itu?''.
 Tuhan menjawab:  "kamu akan memanggil malaikait sebagai 'IBU'. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan Ibumu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa . Dialah satu satunya hartamu yang tiada galang gantinya , didunia mahupun di akhirat. Akhir sekali kepada Ibu ibu termasuk diri saya sendiri , Ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anakmu yang sedang membesar . Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kakimu.
Kisah dan taudalan juga ku tujukan kepada anak - anakku Daniesh dan Danieyah terima kasih kepada anak-anak Umi kerana jadi sebahagian dari diri Umi dan Abah.. Umi berjanji, Umi akan menjaga dan melindungi anak-anak umi walaupun terpaksa terkorban nyawa dan harta... Kamu adalah Anugerah yang tak ternilai harganya yang Allah S.w.t berikan.. Terima Kasih Allah S.w.t kerana memberikan anugerah ini...




Thursday 27 September 2012

Hari Jumaat yang indah.. ( tajuk tak ada idea)



Assalammualaikum....

Lama sudah rasanya aku tak update blog..ialah semenjak bertukar tempat kerja, tak ada cukup masa mau update apatah lagi membaca dan membuka blog kawan2 dan blog kegemaran...

Blog kasihku daniesh dan danieyah ini bukan tak ada cerita nak kongsi sebenarnya banyak benar perkara yang nak dikongsi tapi tak ada banyak masa dan idea aje bagaimana nak memulakan.... tapi apa-apapun saya doakan kawan-kawan semua sihat dibawah lindungan Allah swt......


Sekian......
 




Monday 28 May 2012



Update blog.......

Assalammualaikum dan selamat malam....
rasanya sudah lama tak update blog, bukan apa tempat kerja baru line tak baik susah kan update blog..
juga lama sudah tak buka blog macam sudah penuh dengan sawang berbanding cerita....

Anak anak sudah tidur.....
tidur awal penat kali diaorang bermain waktu siang.....
raut wajah diaorang tidur  sudahpun melambangkan keaktifan diaorang bermain waktu siang

Dan sekarang aku.... senyum lebar mengupdate blog yang nampaknya seperti tidak berpenghuni kerana tuan rumahnya sudah sibuk dengan kerja ditempat baru......TAPI!!! sibuk sibuk pun sempat juga senyum.... "SENYUM TAK PERLU KATA APA-APA...." 2x

Tak kiralah sesibuk mana  kerja yang ku lakukan di tempat kerja baru.....dimana aku terpaksa beranikan diri walaupun terpaksa bercakap dan memanggil satu persatu nama pesakit di kaunter opd dengan menggunakan pembesar suara  ku gagahkan juga diri berpura-pura berani sedangkan takut dan panik..
Namun aku tetap bersyukur kerana ku sekarang sudah berkerja dekat dengan rumah hanya mengambil masa 20 hingga ke 30 minit untuk pergi ke tempat kerja baru...

YANG PENTING aku sudah tidak perlu menaiki bus mini yang selalu ku ceritakan dalam en3 ku sebelum ini... dan tak perlu membuat surat sebab kerana kerap lambat datang kerja....
dan perkara yang membahagiakan aku ialah aku sudah boleh lewat bangun sikit untuk pergi kerja ... dan tak perlu bergaduh dengan dengan hubby masing masing menyalahkan....

DAN.... aku boleh menyiapkan kerja rumah sebelum pergi berkerja... menjemur kain diwaktu pagi tak perlu jemur diwaktu malam seperti yang kulakukan sebelum ni...anak-anak pun seronok sebab pergi kerja lambat dan balik kerja awal dimana matahari masa ada menyinari..

Alhamdulilah aku sudah berada ditempat kerja baru selama dua minggu lebih kurang bermula 14.05.2012
aku sudah berada di tahap menyesuaikan diri.... dimana kawan-kawan disini semuanya baik dan mudah bergaul... juga sama seperti di JKNS dulu...

Namun kenangan manis sewaktu aku berada di JKNS akan menjadi lipatan memori yang tak akan aku lupakan... terutama kawan kawan berjalan tiap hari jumaat, kawan makan pagi dan merupakan geng pantri terutama kak gayah, ka dyg sarizah, sinancy, si ku hairiyah ,ka jida dll.... you all kawan yang terbaik ....dan sekiranya kamu terbaca en3 ku ini... ku ingin meminta maaf sekiranya ada perkara yang menyinggung perasaan atau menyakiti hati sewaktu aku berkerja disana.... jangan disimpan dalam hati ok...

Ini ada iklan sedikit untuk Puan Rozida Rodjit.... Macamana selesa ka tempat duduk ku tu.... port tu memang sesuai sangat... bos jarang nampak itu yang penting he he he... dan barang-barang ku nanti kalau ada driver pergi sana tolong la kira kita pos kan dan taipla namaku besar... kerana diaorang disini belum mengenaliku dan nyatakan juga jawatanku yang tak seberapanya tu...
ADA LAGI NI IKLAN UNTUK DYG SARIZAH tolonglah supaya bawakan telekongku disurau yang beg berwarna biru apabila ka dyg pergi menunaikan solat.... dan masukan sekali ke dalam kotak tu.... SEKIAN DAN TERIMA KASIH...

Rasanya cukup sampai disini dulu...mata ni terasa sangat berat sudah ... bahu ni terasa penat untuk menaip kerana tadi banyak bebenar keraja di office tu

SEKIAN.....

Apa yang baik itu datangnya dari Allah
dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan ku sendiri