Monday 23 April 2012

SAYANG ANAK UMMI


Coretan Buat Anak Sulongku >> MOHAMMAD DANIESH ASYRAAF<<

Mohammad Daniesh Dan Danieyah,

Ummi harap satu hari nanti kamu berdua dapat membaca tulisan khas untuk anak-anak ummi di blog “kasihku Daniesh Danieyah” ini…untuk kenangan anak-anak ummi apabila dewasa kelak..harap-harap masa tu kamu sudah pandai membaca dan berfikir seperi orang dewasa.. dan harap2 blog ummi ini masih wujud untuk tatapan kamu berdua…

Untuk anak Ummi Mohammad Daniesh Asyraaf  waktu ummi melakarkan coretan ini, Daniesh sudah pun berumur 3 tahun 4 bulan…Daniesh sangat pintar bercakap… seperti senapang mesengen mengeluarkan peluru..During, Daniesh tidur ummi akan memeluk dan mencium di setiap sudut diwajah Daniesh dahi, pipi kiri, pipi kanan dan dagu… Daniesh sangat comel hidung Daniesh mancung, pipi Daniesh bulat… comell… Ummi sangat bersyukur kepadaNya kerana telah mengurniakan Daniesh dan Danieyah menjadi sebahagian dari diri Ummi dan Abah …Alhamdulilah… kamulah harta ummi yang paling bernilai sekali dan amanah yang diberikan olehNya untuk Ummi jaga dan bentuk kamu agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, menghormati orang tua dan bijaksana..

Mengenang kembali saat – saat mengandungkan Daniesh  seterusnya melahirkan Daniesh. Daniesh, sebelum ummi mengandungkan Daniesh ummi pernah mengandung tetapi Allah lebih menyayanginya.. Ummi sedih, kecewa…tetapi beberapa bulan selepas tu Ummi dan Abah sangat gembira dan bersyukur  kerana Tuhan telah megurniakan Daniesh untuk Ummi dan Abah. Ummi tak pernah takut untuk melahirkan Daniesh Ummi sangat gembira dan tak sabar hendak mengelurkan Daniesh dari tubuh ummi supaya dapat Ummi peluk dan cium Daniesh setiap hari...lagipun Daniesh aktif menendang dan berlari-lari diperut Ummi.. ummi rasa geli dan setiap kali ummi nampak tapak kaki Daniesh diperut ummi, ummi akan gosok dan cakap dengan Daniesh " apabila Daniesh lahir kelak, Daniesh jadi anak yang baik ok" ya betul sekarang Daniesh memang baik dan dengar cakap ummie, nakal Daniesh menjadi hiburan buat ummi dan Abah...
Tanggal 23.01.2009(Jumaat): Ummi mengalami sakit perut biasa.. memandangkan Daniesh anak sulong dan ummi belum ada pengalaman Abah bergegas menghantar ummi ke hospital dalam jam 11 malam..sampai di hospital Papar Ummi dibawa oleh nurse ke bilik penilaian untuk mencek bukaan rahim ... masih lagi 2 cm.. ummi di arahkan masuk wad... ummi tak dapat tidur di hospital... ummi tak biasa, tak selesa....perut ummi tak sakit lagi sedangkan ummi tak sabar hendak mengeluarkan Daniesh dari tubuh ummi...Ummi bangun dari katil dan menyingkap sedikit langsir tingkap hospital ummi nampak kereta Abah... Abah pun tak sabar menunggu kelahiran Daniesh... Abah pasang radio... ummi dengar... kasihan Abah terpaksa tidur dikereta untuk menemani Ummi... sampai bateri kereta Abah weak ... nasib ada kawan Abah...
Tanggal 24.01.2009 (Sabtu): Ramai saudara melawat tapi Daniesh belum keluar dari tubuh ummi, ummi tak sabar...kemudian menjelang malam semua orang sudah balik tinggal ummi dan Abah.. jam 7.00 malam Abah pun diarah keluar ummi sunyi... perut ummi tak sakit lagi ummi tak sabar sangat-sangat.. ummi harap Daniesh akan keluar malam tu juga sebab ummi harap apabila esok hari datang saudara melawat ummi dah gendong dan nyusukan Daniesh... Ummi memberanikan diri pergi berjumpa dengan nurse yang bertugas meminta nurse tersebut mencek ummi semula.. baru 4 cm belum boleh lagi kata nurse yang bertugas...tak lama selepas tu perut ummi mula sakit tapi sakit biasa saja...ummi sekali lagi berjumpa nurse... 6 cm.. nurse tu tanya ummi "mahu masuk bilik bersalin sudahkah??...ummi dengan gagah dan  bersemangat bercakap "iya"... ummi terus membawa beberapa pakaian Daniesh untuk di bawa ke bilik bersalin...Ummi di arahkan baring di katil tersebut... nurse tersebut membuka meja ya ditutup dengan kain hijau... ummi terkejut apabila di dalam talam besi itu ada gunting yang berbagai saiz panjang dan besar dan jarum yang sebesar ibu jari kaki dan sepanjang panjang pen... ummi mula merasa takut tapi mengagahkan diri... nurse itu mula berkata pada ummie "sudah bersedia, inilah proses melahir anak"...ummi mengangguk tak berkata apa2... selepas air tutuban dipecahkan ummi merasa sakit yang teramat sangat.. ummi menjerit dan meminta bantuan nurse.. ummi memegang tangan nurse meminta tolong....jam sudah menunjukkan jam 12 lebih malam.... ummi cakap dengan nurse tersebut agar menggunakan apa cara saja agar Daniesh dikeluarkan dari tubuh ummi kerana ummi sudah tidak tahan menanggung kesakitan yang teramat sangat.. ummi sempat mengarahkan nurse mengunakan vakum untuk mengeluarkan Daniesh.. tapi nurse tersebut memberitahu kesan mengunakan vakum...ummi disuntik dengan air yang ummi gelar air tenaga dan diberi bantuan pernafasan kerana ummi sangat letih... nurse tersebut memanggil doktor... ummi terkejut kerana doktor lelaki..Doktor tersebut memegang tangan ummi untuk merasa kepala Daniesh dipermukaan rahim ummi, umie terus bersemangat dan meneran sekuat yang mampu... nurse di bilik tersebut turut memberi sokongan... jam 1.45 pagi @ bersamaan 25.01.2009 ..Daniesh dilahirkan..

Ummi dan Abah sangat gembira... dan telah memberi nama Mohammad Daniesh Ayraaf 
gambar ni selepas sehari Daniesh dilahirkan

 Maksud nama Mohammad Daniesh Asyraaf tu ialah Daniesh bermakna berpengetahuan dan Asyraaf tu bermakan yang mulia... semoga membesar dengan sihat dan di murahkan rezeki.Amin.

MOHAMMAD DANIESH ASYRAAF
M>Mesra
O>Oportunis
H>Harum
A>Amanah
M>Menawan
M>Manis
A>Alim 
D>Dinamik

D>Dedikasi
A>Abadi
N>Naif
I>Ikhlas
E>Emosional
S>Suci
H>Harum

A>Asli
S>Setia
Y>Yakin
R>Ramah 
A>Adil 
A>Adil
F>Fleksibel

Sekarang Daniesh dah besar.. dah pandai jaga adik Danieyah.. dah pandai buang air kecil sendiri dah pandai buang air besar sendiri.. ummi tak payah belikan Daniesh Pampers sebab Daniesh memang dah pintar... 



Daniesh dan Danieyah jadilah kamu seorang Muslim yang taat yang mengamalkan segala ajaran Islam dengan sebenar-benarnya walau ke mana pun kamu pergi, walau bagaimana besarnya perbezaan antara mereka dengan kamu dan biar pun mereka menganggap kamu pelik dan asing semata-mata kerana kamu mengamalkan ajaran agama kamu. Dan inginlah ummi dan Abah berpesan kepada kamu sebagaimana pesan Luqman kepada anaknya yang diceritakan dalam kitab suci kita al-Quran, janganlah anakku sekali-kali kamu mempersekutukan Allah kerana perbuatan syirik itu adalah sangat zalim, serta berbuat baiklah kamu anakku kepada kedua-dua ibu bapa kamu.

Buat Anak-anakku...... Ummi sayang kamu selamanya...

Wednesday 18 April 2012

Selamat Hari Jadi Mama yang ke-62 tahun






Mama,

Selamat hari jadi yang ke 62 tahun, semoga mama dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik .....gambarni sebenarnya sudah seminggu yang lalu di ambil iaitu pada 10.04.2012 tapi lambat upload sebab line tak berapa baik.. pastu tiada mood nak upload..

sebenarnya, akupun tak tahu dari mana nak mula .. apa yang aku tahu aku amat menyayangi Ibuku...
terima kasih atas segala-galanya...Jasamu akan sentiasa ku kenang dan tak terbalas rasanya... hanya ungkapan "TERIMA KASIH" yang dapat ku katakan.. ku tahu mama mungkin tak akan berpeluang membaca dan melihat belog anakmu yang tak seberapanya ni.. kerana mama tak pandai baca ... tapi mungkin suatu hari nanti... >>>(ada lagu ni untuk mama)<<<

Ibu-ibu engkaulah ratu hatiku
bilaku berduka engkau hiburkan selalu...

Opsss!! terlupa lirik...nanti la search dulu dalam google baru sambung selebihnya

Apapun mari kita tengok sedikit gambar bergambar

Happy birthday kepada Syifa juga yang ke -2 tahun
itu kepala Danieyah aku.....

juga selamat hari jadi kepada kakak aku sama tarikh sama mama 10.04.2012
Danieyah sayang tengok sini
si Abah melayan anak-anak sedangkan mama sibuk ambik gambar
mama dan adik beradik
tu yang ada janggut musang tu bapaku...
ipar2 aku