Wednesday 25 January 2012

Kisah Gigi Palsu dan Daniesh



✿✿••بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ••✿✿


Assalammualaikum....dan selamat pagi...mata ni masih mengantuk lagi...kurang tidur semalam biasalah kan ada anak kecil.... danieyah hampir setiap malam menangis.... yang peliknya tu time dia menangis mesti pada jam yang sama setiap malam iaitu jam satu pagi yang tengah orang nyaman tidur tu....

semalam sebelum tidur aku teringat satu kisah tentang anakandaku Daniesh... daniesh dikatakan bukanlah nakal sangat tapi kalau kita tengok muka dia kita akan tersenyum kerana mukanya muka budak nakal dan periang.... kalau nak marah tu mesti tak sampai hati kerana selepas kita marah dia, dia akan mengungkit dialog ia biasa di cakap ialah " tadi Ummi marah daniesh, daniesh nda kawan Ummi..Ummi jahat"...
hai.... aku pun mula berfikir jahat sangat kah aku ni...

Berbalik pada entri aku yang di atas tu...Apa kaitan gigi palsu dan Daniesh?... tajuk ni memang menghibur hatiku... Kisahnya bermula begini hari sabtu lalu...Mama saya hilang gigi palsu tak tahu dimana hilangnya mungkin tikus makan atau salah letak...Anak-anak kalau time aku kerja mereka tinggal sama mama aku...mama yang mengasuh diaorang...sampai dua-dua anakku manja yang tahap gaban dengan mamaku kalah lagi aku.... dua-dua anak ku memangil mamaku juga "mama" macam kami ni adik beradik pulakkan...

senyum tak perlu kata apa - apa....

Pagi-pagi lagi mamaku kerumah aku.. sebelah rumah saja... dia tanya daniesh yang berumur 3 tahun ni....mujurlah masa tu daniesh dah bangun... biasa lambat juga dioarang bangun.... ini dialog antara mama dan daniesh....
"Daniesh dimana daniesh simpan gigi mama ? "kata mama
"a... gigi mama ada ada daniesh simpan.... nanti daniesh ambikkan a mama." kata daniesh
 Daniesh pun laju keluar dari rumah terus kerumah mama dengan semangatnya dan bersahaja ...... macam orang yang comfident ni.....
 waa..... terpancar kegermbiraan diwajah mamaku..... sebab semalaman dia mencari gigi palsu tak jumpa mujurlah setelah di tanya daniesh ada konon daniesh nampak dan simpan... aku dan mama berbual-bual kosong sambil menunggu daniesh membawa gigi palsu.... mama sempat juga bercakap dengan aku ia cakap "syukurlah tak payah keluar duit beli gigi" aku pun mengiyakan kata mama " aku cakap buat gigi palsu mahu juga dalam Rm500.00 ringgit.....kemudian tak lama selepas tu daniesh datang lenggang lengguk dari bawah rumah mama dengan membawa sebatang berus gigi yang kotor dan buruk dari bawah rumah mama yang yang berpasir.... mamaku terus memandang aku dengan muka yang kecewa... dia tanya daniesh lagi 
"daniesh sayang mana gigi mama nak, nanti mama belikan gula-gula.. Daniesh baikan..." kata mama.... "ni mak"........ daniesh memberi mamaku berus gigi yang dikutipnya tadi.... aku kasihan ada ... tapi mamaku terus ketawa aku pun turut ketawa.....
Nduii... kasihan mamaku.... so, esok hari jumaat aku ambik cuti menemani mama pergi buat gigi palsu... tahulah kan orang tua gigi palsu memang menjadi kepentingan diaorang.... biarlah gigi palsu mama yang dulu tu kalo iya tikus makan halalkan saja diaorang pun mahu guna juga kalikan sebab gigi diorang sudah berkarat atau patah......


sekian .... untuk hari ini sambung keraja .......hilang sudah mengantuk mengarang cerita.....

No comments:

Post a Comment