Wednesday 18 January 2012

Kisah Oh Kisah





✿✿••بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ••✿✿

19.01.2012 - Khamis;
Assalammualaikum dan selamat pagi  kawan-kawan semua...
Pagi ini saya nak kongsi tentang satu cerita sedih....seperti biasa semalam(18.01.2012) aku balik dari kerja naik bas dari federal sampai ke Putatan..biasa memang aku naik bas terus Kinarut tempat suami aku berkerja ..tapi kemarin aku tak jumpa pulak bas Kinarut jadi aku naik sajalah bas Putatan.. Setibanya aku di Putatan call suami samaada dapat ambik ka tidak .. suami cakap dia tak dapat ambik sebab banyak kerja.... Jadi aku terus ke Perhentian Bas tunggu bas untuk ke Kinarut.. Lama juga aku tunggu bas hampir 5 minit la macam gitu...tidak lama selepas itu, ada bas yang 40 penumpang.. ini kali pertama aku naik bas besar ke Kinarut kalau pergi ke Papar tu biasa lah kan.

Kisahnya bermula disini... aku sempat juga tertidur didalam bas tu sebab agak selesa sikit ada aircond. Bas tu berhenti di Stesen minyak Sabindo sebab ada penumpang yang turun...aku terjaga....driver bas dalam lingkungan umur 40-an bercakap kepada salah seorang penumpang yang hendak membayar tambang dia kata " tak apa pak cik saya belanja dan barang pakcik biar saya tolong kasih turun" ...saya terus menjenguk kerana terkejut ada juga driver bas yang baik yang sanggup belanja penumpang...apabila pakcik tu berpaling tersentak dan tersentuh juga hati aku... kalau aku driver tu aku juga akan buat sedemikian..Pak cik yang dalam lingkungan umur 90-an memakai tongkat,  jalan yang yang perlahan dan longlai , lemah dan badan yang bergegar-gegar tahulah kan orang tua cuba kamu tolong imagine...tanpa ditemani sesiapa...apa yang sedih lagi tu pakcik tu bawa  barang banyak aku fikir macamana dia mahu angkat barang dia tu sedangkan dia sendiri pun jalan tak larat..., mata ku terus memerhatikan pak cik tu sehingga dia turun dari bas tersebut...aku terus memerhatiakan pak cik tu melalui tingkap kerana driver tu sibuk menurunkan barang-barang beliau...kasihan sangat teramat kasihan kalau difikirkan... syukurlah dalam banyak - banyak penumpang yang turun ada seorang perempuan muda yang bersimpati ke atas pak cik tu.. aku perhatikan dia (perempuan muda) tu cuba menolong pak cik yang seperti hilang haluan tu.... apabila bas tu bergerak aku terus menoleh ke belakang sehingga kisah tu hilang dari penglihatanku..sepanjang perjalanan aku berfikir dan teringat akan peristiwa yang hanya tak sampai 15 minit tapi aku berfikir dan teringat berjam-jam lamanya dari petang semalam sehingga ke hari ini...driver bas tu sempat juga bercerita dengan penumpang yang duduk sebelahnya dia kata " tadi ada kawan pak cik tu yang hantar dan tolong dia bawa dan angkat barang naik bas kemudian dia pulang" kata driver tu. Kenapa kawan pak cik tu tak hantar dia ke tempat yang pak cik tu nak tuju.. sehingga kini aku masih berfikir keadaan pakcik tu .. kemana dia hendak pergi??...hah! what ever la.. 

Kata orang Ibu bapa kita dapat jaga anak sampai 10 orang, tapi 10 orang anak belum tentu dapat jaga ibu dan Bapa mereka. Kisah ini bagi aku amat tragis sebab aku juga ada anak, aku tak tahulah sama ada pak cik tu ada anak ke tak tapi tak mungkin dia tak ada saudara... ini pengajaran kepada diriku juga kepada kawan-kawan/saudara-saudara yang lain mahupun juga kepada suami dan anak-anakku nanti sayangilah orang tua kita kerana tanpa mereka siapa la kita..sayangilah dan hormatilah mereka selagi mereka ada....

Berkenaan dengan entry ini juga, semalam sewaktu aku bancuh susu untuk danieyah aku masih berfikir cerita yang sewaktu dalam bas tu...bagaimana anak-anak ku ini sekiranya aku tiada di sisi mereka gembira kah mereka.. sedih kah mereka ...mereka selalu menjadi fikiran ku... Ya Allah ya Tuhanku  kau Panjangkan lah umurku dan suami serta keluarga juga anak-anakku  untuk beberapa dekad lagi agar aku dapat menjaga anak-anakku...

Amin....





 

No comments:

Post a Comment