Thursday 28 May 2015

Coretan buat Puteriku yang bakal dilahirkan...



Assalammualaikum..

Terasa lama sda tidak mengunjungi ruangan blog ku ini.. rasa hampir dua tahun. Namun kebelakangan ini terasa hendak menulis....

Hari ni genap 28 minggu anakku  didalam kandunganku. Umi tidak pernah menyesal mengandungkanmu. Kau anugerah tuhan kepada Umi dan Abah. Umi tidak sabar menunggu kehadiranmu sayang seperti mana Umi tidak sabar menunggu kelahiran Abang Daniesh dan Kakak Danieyah..Ibu Doakan agar dirimu kuat disana.. (dalam kandungan Umi dan dilindungi oleh Allah s.w.t).

Kisahnya ...

30/11/2014: Umi mendaftar di Klinik Gadong. Umi sangat gembira sebab tuhan kurniakan kandungan ini. Umi tidak sabar untuk melihat kandungan Umi membesar setelah sekian lama umi menunggu. sebelum adik melekat dirahim umi, Umi pernah mengalami keguguran. Tapi rezeki Allah Umi dikurniakan Adik.

Dipercepatkan cerita ...

08.04.2015: Umi buat pemeriksaan kesihatan di KKIA. Doktor yang memeriksa Umi meletakkan gel diatas perut Umi untuk memudahkan Umi melihat adik, Umi tak sabar melihat adik berada dikandungan Umi melalui Ultrasound itu. Umi perasaan muka Doktor tersebut berubah, Umi bertanya kepada doktor tersebut " Kenapa Doktor ada masalah Baby saya". Doktor tu cakap macam ada benda dibahagian leher baby saya. Doktor tersebut merujuk untuk menemui Doktor Pakar di Likas.

Umi diberi satu tarikh yang Umi rasa terlalu lama bagi Umi. Umi tidak sabar mengetahui keadaan anak Umi . Umi ada juga buat scan di klinik swasta namun klinik tersebut mengatakan baby Ok. Umi gembira dan yakin baby Umi sihat.

14/04/2015: Sebelum Umi dirujuk ke Doktor Pakar Umi di Rujuk kepada dua orang Doktor yang dikira berpengalaman dalam Scan ni, keputusannya sama. Umi cuma menahan air mata Umi namun Umi yakin anak Umi sihat, diorang cuma doktor bukan Allah swt. Umi yakin anak Umi sempurna, namun jika Allah swt mengkehendaki begitu Umi redha dan Umi pasrah, tapi Umi minta agar Allah swt berikan Umi kekuatan dan ketenangan untuk menerima apa pun keadaan Anak Umi.

Tika ini anak Umi ligat bergerak dalam rahim Umi, Umi gembira saat gerakan itu terasa kuat gerakkannya. Umi sedih kiranya Umi kehilangan gerak itu..

15/04/2015: 7:00am -Umi dan Abah berangkat  ke Hospital Likas untuk berjumpa Doktor Pakar disana, dalam jam 9:30am puas mencari tempat parking kereta akhirnya dapat juga tempat parking, Allah swt mempermudahkan segalanya. Dekat jam 11:00 pagi baru lah nama Umi dipanggil ketika itu Abah juga dipanggil masuk untuk melihat sendiri keadaan Adik. Hasil diagnosis Doktor tersebut memberitahu hasil yang sama. Terdapat cecair berlebihan di bahagian leher dalam bahasa sains "Cystik Hygroma", Doktor tersebut juga memaklumakan Umi dan Abah terdapat beberapa ketidak normalan pada anak Umi. Umi menangis didepan Doktor dan Nurse-nurse yang ada pada masa itu Umi sangat sedih mengenanangkan nasib adik disana. Doktor tersebut turut menyatakan yang anak Umi tidak dapat bertahan lama sama meninggal diperut atau sejurus selepas dilahirkan. Umi harap itu cuma ramalan Doktor sahaja siapa dia untuk memutuskan umur orang. Allah swt lebih tahu. Allah swt telah merencanakan yang terbaik untuk kita sekiranya dia menginginkan begitu Umi harap dia berikan Umi kekuatan menempoh ujianNya.

Buat masa ini Umi, cuba menerima hakikat dan hanya menunggu kelahiran anak Umi. Umi doakan semoga anak Umi sihat yang sempurna cerdik berakal dan beramal soleh. Amin
Umi hanya mampu berdoa untuk adik selebihnya biarlah Allah swt yang tentukan.

No comments:

Post a Comment