Monday 28 May 2012



Update blog.......

Assalammualaikum dan selamat malam....
rasanya sudah lama tak update blog, bukan apa tempat kerja baru line tak baik susah kan update blog..
juga lama sudah tak buka blog macam sudah penuh dengan sawang berbanding cerita....

Anak anak sudah tidur.....
tidur awal penat kali diaorang bermain waktu siang.....
raut wajah diaorang tidur  sudahpun melambangkan keaktifan diaorang bermain waktu siang

Dan sekarang aku.... senyum lebar mengupdate blog yang nampaknya seperti tidak berpenghuni kerana tuan rumahnya sudah sibuk dengan kerja ditempat baru......TAPI!!! sibuk sibuk pun sempat juga senyum.... "SENYUM TAK PERLU KATA APA-APA...." 2x

Tak kiralah sesibuk mana  kerja yang ku lakukan di tempat kerja baru.....dimana aku terpaksa beranikan diri walaupun terpaksa bercakap dan memanggil satu persatu nama pesakit di kaunter opd dengan menggunakan pembesar suara  ku gagahkan juga diri berpura-pura berani sedangkan takut dan panik..
Namun aku tetap bersyukur kerana ku sekarang sudah berkerja dekat dengan rumah hanya mengambil masa 20 hingga ke 30 minit untuk pergi ke tempat kerja baru...

YANG PENTING aku sudah tidak perlu menaiki bus mini yang selalu ku ceritakan dalam en3 ku sebelum ini... dan tak perlu membuat surat sebab kerana kerap lambat datang kerja....
dan perkara yang membahagiakan aku ialah aku sudah boleh lewat bangun sikit untuk pergi kerja ... dan tak perlu bergaduh dengan dengan hubby masing masing menyalahkan....

DAN.... aku boleh menyiapkan kerja rumah sebelum pergi berkerja... menjemur kain diwaktu pagi tak perlu jemur diwaktu malam seperti yang kulakukan sebelum ni...anak-anak pun seronok sebab pergi kerja lambat dan balik kerja awal dimana matahari masa ada menyinari..

Alhamdulilah aku sudah berada ditempat kerja baru selama dua minggu lebih kurang bermula 14.05.2012
aku sudah berada di tahap menyesuaikan diri.... dimana kawan-kawan disini semuanya baik dan mudah bergaul... juga sama seperti di JKNS dulu...

Namun kenangan manis sewaktu aku berada di JKNS akan menjadi lipatan memori yang tak akan aku lupakan... terutama kawan kawan berjalan tiap hari jumaat, kawan makan pagi dan merupakan geng pantri terutama kak gayah, ka dyg sarizah, sinancy, si ku hairiyah ,ka jida dll.... you all kawan yang terbaik ....dan sekiranya kamu terbaca en3 ku ini... ku ingin meminta maaf sekiranya ada perkara yang menyinggung perasaan atau menyakiti hati sewaktu aku berkerja disana.... jangan disimpan dalam hati ok...

Ini ada iklan sedikit untuk Puan Rozida Rodjit.... Macamana selesa ka tempat duduk ku tu.... port tu memang sesuai sangat... bos jarang nampak itu yang penting he he he... dan barang-barang ku nanti kalau ada driver pergi sana tolong la kira kita pos kan dan taipla namaku besar... kerana diaorang disini belum mengenaliku dan nyatakan juga jawatanku yang tak seberapanya tu...
ADA LAGI NI IKLAN UNTUK DYG SARIZAH tolonglah supaya bawakan telekongku disurau yang beg berwarna biru apabila ka dyg pergi menunaikan solat.... dan masukan sekali ke dalam kotak tu.... SEKIAN DAN TERIMA KASIH...

Rasanya cukup sampai disini dulu...mata ni terasa sangat berat sudah ... bahu ni terasa penat untuk menaip kerana tadi banyak bebenar keraja di office tu

SEKIAN.....

Apa yang baik itu datangnya dari Allah
dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan ku sendiri