Tuesday 22 November 2011

~Sebagai Renungan~ : Iktibar daripada Sebatang Pensil

Untuk sama-sama kita kongsi dan manfaatkan bersama pengajaran yang terdapat di dalamnya..........

Daniesh tengah Belajar






 Pernah seorang anak bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.
    "Apa Ummi sedang tulis?Ummi menulis tentang siapa ?Atau pengalaman Ummi?"
Siibu pun menjawab pertanyaan anaknya "Ummi menulis tentang diri kamu nak, tapi ada yang lebih penting  daripada itu iaitu pensel ini."  "Apa yang istimewa tentang pensel ini, ummi?'' tanya si anak lagi....
   "Ummi berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?''.
    ''Ya, Ummi.''
Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini, jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ummi terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisanya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu nak. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baju atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitulah yang Ummi harapkan kepada anak Ummi ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada dijalan yang benar.

Keempat, tahukah anak Ummi mana yang lebih penting; luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon didalamnya. Oleh sebab itu , berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah...

Dan akhir sekali, Iktibar Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ummi berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Wahai Ibu bapa, jangan berputus asa. Apa sahaja kata-kata semangat kita ulang -ulangkan kepada anak-anak (walau nampak seperti mereka tidak mengendahkan ) pasti akan memberi bekas dalam jiwa mereka. Insyaallah bersama-sama lah kita berdoa...semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan soleha, menghormati orang tua dan berkerjaya besar. Amin.......

Buat anak-anak ku Daniesh, Danieyah, ketahuilah Ummi amat menyayangi kamu buat seumur hidup ini, dan sekiranya hidup ini tidak panjang ( Allah lebih menyayangi ), Ummi harap Ummi dapat jadi Ummi kamu selamanya. Ketahuilah bahawa Ummi sangat takut gagal sebagi Ummi kepada anak-anak Ummi.

Sayang Selamanya........................

Thursday 10 November 2011

*sekadar berkongsi.....*

kepada rakan-rakan semua, terlebih dahulu suka umiydd mengingatkan tujuan umiydd membuat blog ini bukan tujuan untuk menunjuk2 atau 'menayang'nya orang brunei tapi sekadar berkongsi, umiydd minta maaf sekira kawan2 terbuang masa membuka blog umiydd ni..

 

Monday 7 November 2011

Salam perkenalan.....

Assalammualaikum....

Salam perkenalan salam 1 Malaysia. Rasa kekok pulak rasanya mula-mula ada blog ni rasa malu ada tapi yang penting berani mencuba. Kepada rakan-rakan yang terbaca sepintas lalu terima kasih sebab singgah sebentar ke blog daniesh danieyah. ..