Thursday 29 March 2012

Jangan sombong bila dah berada di atas



Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia. Apa khabar semua? harap2 sihat la ya alhamdulilah... hari ni aku terlebih kenyang .. tadi pagi makan nasi berlaukan sayur kacang dan ikan sardin boleh dikira banyaknya la juga.. kemudian belum sempat lapar lagi sudah makan kfc di Wawasan...syukurlah alhamdulilah rezeki Allah s.w.t bagi...

Okay, direct pada entri aku hari ni... hari ni aku nak kongsi pendapat dari mata hati aku mengenai sifat "SOMBONG". Aku ada terbaca pada satu blog rakan2 dan tajuk ni menarik minat aku untuk dikongsi dan diisi pada blog aku. Sifat sombong ni akan terserlah apabila seseorang itu sudah berada diatas, maksudnya bila dah capai sedikit tingkat tertinggi dalam bidang apa sekalipun...mulalah nak tunjuk belang kata orang. Sebagai contoh dapat kerja yang baik, dapat naik pangkat, dapat suami/isteri kaya atau berkerjaya, dapat busnies baik, rumah besar dan sebagainya..

Okay tu sebahagian daripada contoh keadaan apabila seseorang tu dah berada di atas. Kadang-kadang tu  ada yang sombong pada Ibu Bapa itu lagilah teruk... kes nyaya oiii...kalau nak sombongpun jangan la sombong pada Ibu Bapa, kalau tak kerana mereka siapa la kita... Aku bukan la baik sangat untuk memberi pendapat tapi sekadar untuk berkongsi juga mengingati diri sendiri. Nasihat aku disamping memperingati untuk diri sendiri juga rakan2 bukan tujuan atau menyindir tapi setakat berkongsi juga nasihat kepada anak-anak aku ( apabila dewasa kelak-jenguk2lah blog umie) jadilah Insan yang baik dan ingat pada satu pepatah "dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung"janganlah seperti "Kadok naik junjung", janganlah bersifat sombong ataupun takbur dengan apa yang kita capai tu, kita kena ingat semua yang yang kita dapat tu datangnya dari Allah. Bila-bila masa je Allah boleh tarik nikmat itu.

Ada segelintir merasa bahawa apa yang di miliki ni 100% hasil dari usaha sendiri. Memang tidak dinafikan, apa yang kita usahakan itulah yang kita dapat. Tapi kita perlu ingat, semuanya tidak akan tertunai tanpa izin dari Allah s.w.t.

So, kita sebagai hamba Allah s.w.t kenalah bersyukur dengan apa yang ada, jangan sombong riak ataupun takabur. Jika kita bersyukur dengan nikmat yang ada nescaya Allah akan tambahkan nikmat itu. Amin...

No comments:

Post a Comment