Wednesday 21 March 2012

HIKMAH BERDIAM DIRI


Assalammualaikum dan selamat Petang,

Macam sudah lama rasanya saya tak update blog... bukan tiada masa tapi malas hendak taip, kadang2 tu sudah setengah taip di delete semula ayat tak menarik la, idea tak ada la cerita melalut la apa2 la. what ever la... lebih baik diamkan diri seperti entry saya hari ini.. sumber ni saya dapat hasil daripada kreativiti bloger lain mohon diizikan dicoretkan didalam blog saya ini... Terima kasih...

Bak kata orang

"IKUTLAH SEPERTI RESMINYA PADI
 SEMAKIN BERISI TUNDUK KE BUMI
 SEMAKIN BERILMU MERENDAH DIRI
 ITU SIFAT YANG TERPUJI"..

Hikmah Berdiam Diri

  • Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
  • Perhiasan tanpa berhias.
  • Kehebatan tanpa kerajaan.
  • Benteng tanpa pagar.
  • Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
  • Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
  • Menutup segala aib.
Hadis-hadis Rasullulah  mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
  • "Barang sesiapa yang banyak perkataanya, nescaya banyaklah silapnya. Barang siapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosa. Dan barang siapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (RW ABU NAIM)
  • "Barang siapa yang beriman kepada Allah s.w.t dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam" .(RW BUKHARI & MUSLIM)
  • "Barang siapa diam maka ia terlepas dari bahaya".(RW AT-TARMIZI)
Saya memilih entri ini secara langsung memberi memperingatkan kita sesama sendiri.. terutama kepada diri saya sendiri agar apabila saya terlihat entri saya dalam blog saya, saya akan beringat sendiri jangan sesakali berkata atau bercakap yang menyinggung perasaan teman yang boleh menimbulkan rasa sakit hati atau benci..Saya nak bercerita satu kisah tentang my hubby... dia ni memang pendiam kalau ada benda nak cerita barulah cerita kalau tiada berdiam sajalah.... pernah saya bertanya kepadanya inilah perbualan antara si isteri dan si suami..

Siisteri : Kenapa abang ni tak banyak cakap??
soal isteri apabila sisuami ditanya satu soalan dijawab sepatah menimbulkan kemarahan siisteri
Sisuami: " tak payahlah banyak cakap sangat nanti tersalah cakap boleh penyebab pergaduhan"
semenjak hari tu saya jarang marah kerana saya sudah faham dengan suami saya, dia malas nak bercakap kerana dia takut tersalah cakap dan menyebabkan pergaduhan.

Madah Dari Hukama:
  • BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP
  • MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.
  • KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI  
sekian... sekadar mengupdate blog yang dah hampir sebulan tak terupdate...

No comments:

Post a Comment