Tuesday 9 October 2012

Anugerah seorang anak kepada kita



~ Perbualan seorang bayi bersama Allah S.W.T sebelum kelahiranya~

Sumber ini diperolehi daripada Harian Metro...
Semalam melawat sepupu yang baru sahaja melahirkan cahaya mata yang pertama anak lelaki.. Saya ucapkan tahniah kepada Suryatini Ismail semoga dengan kehadiran orang baru makin bertambah ceria dan meriah rumahtangga. Sebenarnya lama sudah nak kongsi cerita ni.. waktu baca harian metro tu untuk mengisi blog saja tapi tak ada masa nak taip hari ni adalah diberi kelapangan sedikit untuk menaip... kisah tauladan ni mmg menarik tu menyebabkan saya tak sabar nak kongsi dengan kawan2 mana tau ada kawan2 yang tak sempat lagi membaca harian metro: ~

 Alkisahnya bermula begini

Adalah dikisahkan pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata...
Bayi tu bertanya kepada Tuhan.: "Para malaikai disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia. Tetapi bagaimana cara saya hidup disana? Saya begitu kecil dan lemah."
Tuhan menjawab: " Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.  
Bayi bertanya lagi: " Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa. Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia"
 Tuhan menjawab:" Malaikatmu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia disana". 
Bayi bertanya lagi: " Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?"
Tuhan menjawab: "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata".  
Bayi bertanya lagi: " Apakkah yang boleh saya lakukan ketika ingin berbicara kepadaMu?"
Tuhan menjawab: ''Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu." 
. Bayi bertanya lagi: " Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?".
Tuhan menjawab: " Malaikatmu lah yang akn melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.". 
Bayi bertanya lagi: " Tapi saya akan merasa sedih kerana tidak dapat melihatMu lagi".  
Tuhan menjawab: "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajrkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu,walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu." Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran. Dan Sang bayi bertanya perlahan: " Tuhan , jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang kamu maksudkan itu?''.
 Tuhan menjawab:  "kamu akan memanggil malaikait sebagai 'IBU'. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan Ibumu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa . Dialah satu satunya hartamu yang tiada galang gantinya , didunia mahupun di akhirat. Akhir sekali kepada Ibu ibu termasuk diri saya sendiri , Ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anakmu yang sedang membesar . Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kakimu.
Kisah dan taudalan juga ku tujukan kepada anak - anakku Daniesh dan Danieyah terima kasih kepada anak-anak Umi kerana jadi sebahagian dari diri Umi dan Abah.. Umi berjanji, Umi akan menjaga dan melindungi anak-anak umi walaupun terpaksa terkorban nyawa dan harta... Kamu adalah Anugerah yang tak ternilai harganya yang Allah S.w.t berikan.. Terima Kasih Allah S.w.t kerana memberikan anugerah ini...




No comments:

Post a Comment