Tuesday 27 December 2011

~Biarlah bulan bicara Sendiri.....~


✿✿••بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ••✿✿

Assalammualaikum w.b.t dan selamat tengahari...

Sudah makan??.. ini mesti beli makanan di bawah Rumah Persekutuan tu kan ... Amboi!!!!.. sedapnya lauk mesti ada yang makan sambil update blog ni kan ...hello ka dayang Sarizah...., mesti bz....., Jangan cemburu harini aku banyak masa update blog tanpa gangguan SBPA ....

mmmmmm....... sedapnya anakku tidur siap berdengkur , baby ni memang sporting la kasi can Umie bersembang sambil menekan-menekan laptop..., terima kasih sayangku Aleesya Danieyah.. Kalo hari2 begini kan best buat kerja dirumah... Mmmm rumah dah bersih siap mop lantai, cuci pinggan, masak nasi tapi belum masak lauk pauk, ah... itu senang saja just, keluarkan semua dari peti sejuk kemudian goreng...

Tadi masa mengemas rumah, banyak idea mencurah2 pula tu macam air, idea benda2 yang saya anggap menarik yang boleh dikongsi dalam blog saya untuk mengisi masa lapang agar tak menyibuk sana sini. Sebenarnya idea saya tu ialah berkaitan dengan rumah saya " RUMAHKU SYURGAKU"...., bagi kawan2  yang belum pernah singgah kerumahku... minum segelas kopi panas atau yang biasa makan soto tulang... inilah rumahku....hampir 2 tahun saya duduk dirumah sendiri, ada privisi sendiri ...BEST.....

Disini saya ada upload gambar rumah.... rumah yang baru dikemas kalo tak dikemas kata orang macam jin bertandang haha....

inilan pantaran/beranda rumahku....

Aleesya Danieyah berkuyut..nyaman tidur nya
satu sudut kawasan menonton tb yang sebelah bilik aku

Inilah dapur aku...


pantaran rumahku..
  Bagi rakan2 semua tujuan saya mengupload gambar rumah ni bukanlah bertujuan hendak menunjuk2, tapi sekadar mengisi masa lapang dan berkongsi dengan rakan2 mengenai rumahku ni.....

Sekian, Terima Kasih...


~Aleesya Danieyah kehadirannya pelengkap hidupku~..Part II

✿✿••بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ••✿✿
Assalammualaikum w.b.t dan selamat malam.......

Apa khabar kawan2 semua...dah makan?? beli atau masak sendiri..., apa-apalah kan yang penting ada juga isi perut. Malam ni line clear pula dapatlah update blog saya, anak-anak sudah tidur, husband pula dengar lagu guna handphone last last hanphone yang dengar bunyi dia berdengkur, tv tu dari td lagi dipasang tak ada orang yang sudi menonton atau meringankan tulang untuk mematikan. tapi tak apa lah tak la sunyi sangat karang seram la pulak...lain lagi la ceritanya....

Episode minggu lalu saya telah mengambil masa kwn2 untuk membaca kisah anak tua saya Mohd Daniesh Asyraaf, episode kali ni sekali lagi saya mencuri masa kawan2 untuk mendengar kisah anak saya yang kedua....Suka saya mengingatkan disini, ini ruangan saya, apa - apa yang saya coretkan adalah bertujuan mengisi masa lapang dengan cerita yang saya anggap menarik melalui pengalaman dan minat, bagi mereka yang kurang senang atau apa yang saya coretkan disini meloyakan saya minta maaf.Maafkanlah....

Sebenarnya minggu lalu lagi saya sudah bercadang nak masukkan cerita ni tapi tak ada berkesempatan memandangkan dioffice sibuk sangat mengenai SBPA. Eh...kalo nak tahu kami la kumpulan pelaksana yang sangat sibuk mengurus itu dan ini mengenai SBPA peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah...tapi gaji ciput saja naik tapi syukur la jua ada juga penambah-penambah kan...

Berbalik pada tajuk saya diatas...Kehadirannya pelengkap hidupku ...tajuk ni memang sinonim dengan diriku nak cerita pasal "pelengkap" ialah kan sekarang ni saya dah ada rumah sendiri..walaupun kecil tapi tak la bergantung hidup dengan ibu bapa kata orang berdekari, pastu saya ada kerja..dikata bukanlah pegawai tapi boleh la kan.., tapi yang lebih istimewa dalam hidup ni ialah saya ada keluarga kecil suami yang baik walaupun kadang-kadang tu bagi garam hati, biasalah hidup berumahtangga ni ada manis ada pahitnya....dan teristimewa ialah saya ada anak lelaki dan Aleesya Danieyah sekaligus melengkapkan kehidupanku...

Aleesya Danieyah kehadirannya memang dinanti selepas Daniesh juga kehadirannya dinanti. Aku bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t telah kurniakan kepadaku.. semua ini tak ternilai harganya... Tanggal 28.11.2010 tepat jam 1.45 tengahari ianya dilahirkan.

Wajah - wajah ceria anak perempuan...



Inilah Aleesya Danieyah








Daneyah pakai topeng abang Daniesh

Biodata: Aleesya Danieyah Binti Dullah
Umur : 1 tahun 1 bulan
Tarikh Lahir : 28.10.2010
Berat dilahirkan: 3.4kg
Berat sekarang: 8.5kg

Sebenarnya nak upload lebih banyak gambar lagi, tapi line ni macam tak baik pula.Esok Danieyah genap 1 tahun 1 bulan, saya cuti bawa danieyah ke klinik bulan lalu bawa ke klinik sampai diklinik berat badan danieyah tak cukup dgn diorang punya laporan. So, malam ni dapat lah lambat tidur sikit... bagi yang berkerja esok pagi teruskan perjuangan.....kita bertemu diepisode "Trip to Lokawi Wildlife Animal's "

~Kekayaan bukanlah satu DOSA, dan kecantikan bukanlah satu KESALAHAN asalkan tahu untuk meletakkan ia SESUAI pada tempatnya.~✿✿


Thursday 15 December 2011

Kau Sumber !lham ku.... (Part 1)



Kehadirannya memberi Seribu Kemanisan......
Hai...sebenarnya menjadi bloger ni sememang amat mencabar, kadang-kadang apa yang kita tulis kadang kala ada yang memboringkan dan tidak menepati minat pembaca... , tapi sebagai bloger sentiasa berusaha mencari ideA agar   ianya tidak memboringkan dan memuaskan hati sipembaca. Bagi saya, adanya bloger ini bukan untuk menjadi sebagai sumber rujukan juga sebagi DIARY....., menceritakan hal2 anak-anak dan keluarga juga sedikit mengenai masakan (kalo ada yang menarik). Tapi kali ini saya nak bercerita mengenai anak Sulong saya MOHAMMAD DANIESH ASYRAAF (3 tahun),

Itu yang makan aiskrim tu la Mohd Daniesh aku

Daniesh Dan Abahnya



Daniesh mandi Kolam

Daniesh dan Abah Di Hotel
Karnival 3S    

Ini lah Mohd Daniesh Asyraaf

Daniesh dan Abah



BIODATA:
Nama: Mohd Daniesh Asyraaf
Umur: 2 tahun 9 bulan
Tarikh Lahir: 25 Januari 2009
Berat sewaktu dilahirkan : 3.15kg
Berat Sekarang: 12kg
Makanan Kegemaran: Kaki Ayam
Mainan Kegemaran: LORI BESAR

Inilah salah satu Cahaya Mataku......, kehadirannya memberi beribu kemanisan. Part II nanti kita berjumpa diepisod ALEESYA DANIEYAH...kehadirannya pelengkap hidupku....

Wednesday 14 December 2011

SOTO AYAM



Nampak meriah ke?..Ala ini masakan biasa saja, saya biasa masak kalo ada masa contoh macam hari cuti (Sabtu dan Ahad), dan waktu2 perayaan macam hari Raya. Sebenarnya resepi ini bukan tujuan masukkan di dalam blog tapi dah buat tu sekalilah masukkan dalam blog bagi mengupdate blog saja. Saya faham kalo hal masak memasak ni kurang digemari oleh orang muda2 macam yang belum berumahtangga seperti Sariffah, Nermalawati dan lain2 (jangan mare ) tapi manalah tau nak mula belajar ok lah tu..... Semalam inilah menu saya, masak untuk makan 4 orang tapi yang dua kecil tu kena suap saja lah takut tumpah dilantai air supnya (sorry lah loghat brunei). Anak saya tua Daniesh, juga memang pengemar sup terutama sup kaki ayam, setiap kali talipon dekat rumah tanya daniesh "Daniesh minta belikan apa nak ?'', jawabnya " KAKI AYAM", tak tau la macammana dia ni pengemar kaki ayam. Semalam balik saja kerja terus masak SUP AYAM, anak sulong balik-balik tanya ni "Ummi sudah siap ka Sup Kaki Ayam?, tapi sebenarnya bukan sup kaki ayam saja tapi isi ayam, tak sedap kalo kaki ayam aje nanti termuntah saya makan kalo terlalu makan kaki ayam.

BAHAN-BAHANNYA  : ~

Deng..deng......deng.........
                                      +
                                      +
                                      +
                                      +
                                      +

Semua beli di Super Market Giant, Papar



Bahan-bahan malas nak taip sebab banyak lagi kerja ni nak dibuat berhenti berehat sekejap ringankan fikiran dan lapangan fikiran. Tapi satu perkara saja nak kongsi kalo buat sup ni yang penting ada daun sup dan bawang goreng barulah kowwww.., mentua lalu pun tak nampak. Tapi memang seriuslah Sup Ayam yang saya buat semalam memang sedap....(tapi selalu buatpun memang sedap). Kalo nak rasa sup saya bolehlah coling2 saya tolong masakan dan bawa sekali wang kosnya (haha... bergurau saja).Suami bukan main selera makan, senangnya dalam hati tengok diorang berselera makan lain kali nak fikir apa lagi nak dimasak sebab bersemangat ni...

Oklah sampai disini saja untuk kali ini kepada yang sudi baca terima kasih dan kepada yang tak sudi dan rasa buang masa abaikan saja .... (sorrylah sebab membuang masa anda)






Monday 5 December 2011

SaAt YanG Bahag!a..... (04.12.2011)

Berkaitan dengan tajuk saya yang di atas....., tanggal 03 December 2011 (Sabtu) rakan baik saya  ( dia jugalah sepupu - Suryatini Ismail ) telah selamat dijabkabulkan dengan lelaki pilihannya. Saya ucapkan selamat pengantin Baru Semoga Bahagia hingga ke Anak Cucu...Kalo diingat semula masa lalu, masa cinta monyet konon time tu masih sekolah saya dan teman saya ni juga dikenali sebagai c'ten masing2 la ada boyfriend tapi masing2 kahwin dengan orang lain bukan bf masa sekolah tu.., inilah dikatakan pengalaman ....., Kata orang Pengalaman mengajar kita menjadi dewasa. Betul tak!!, Hidup ni kalo tak ada pengalaman tak ada makna. Apapun aKo Bahagia dengan Suamiku..... I Love You So Much my darling ( Dullah Kassim )...edeh Bahasa english konon tu ja la yang aku tahu.....

Ramai dah kawan2 segeng kampung ( geng masjid ) dah kahwin antaranya ialah Normayani Ismail, Maslindah Sidek, Zuridah Mudin, Normala Salleh dan yang latest Dk Norainah Pg. Abdul Rahman.. apa yang pasti semua kawan2 ni bukan kahwin dengan Bf dulu2 yang selalu dicerita dibawah pokok mangga rumah C'ten atau tempat2 berkumpul. Tapi seorang sajalah yang kahwin dgn Bf iaitu Normayani Ismail.. ( Cerita lama ni..., sebagai mengisi blog ako. Bestkan kalo diingat masa lalu.... Kepada geng Masjid yang belum kahwin tu Maslizah Sidek mungkin lepas ni ko punya turn.. Amin.

Ini ada sedikit gambar C'ten Kahwin....

Gambar C'ten Nikah


Hari Persandingan 04.12.2011

Gambar Danieyah mau pergi ke rumah orang kahwin ...04.12.2011



Syukur alhamdulilah majlis itu pun dah selesai....,

Thursday 1 December 2011

Hari Jadi Aleesya Danieyah yang 1st ( 28.11.2011)

Selamat Hari Jadi Anakku Aleesya Danieyah yang ke 1st. Minggu lalu buat harijadi danieyah yang ke satu tahun tapi menu tak sempat gambar sibuk sangat ni.., . Nak bercerita tentang menu hari tu saya masak 5 jenis masakan, iaitu ayam masak kicap, kerabu peria, sayur terung masak sambal, ikan masak taucu dan telur rebus masak sambal...(semua sedap ok )..., rasanya menu ni memang tak sesuai untuk menu harijadi kan tapi saya bukan saja buat birthday tapi terus buat kenduri sikit (kenduri selamat). Terima kasih pada orang kampung yang sudi datang memeriahkan majlis tu terutama orang-orang masjid ( Masjid Imam Abdullah Kg. Baru Jln Rancangan Kimanis), Kepada saudara-mara terima kasih kerana membantu terutama Mama tersayang Babu Alai, Babu Imok dan semua Babu2 la banyak sangat nak disebut, Juga terima kasih pada kakak tersayang (Rusidah Daud) kerana membantu dari awal hinggalah majlis tu selesai dan tak lupa pada sepupu2 sipiah, siani dan mala(tukang cuci pinggan aku), juga pada anak2 buah yang tersayang. Kepada suami yang tersayang terima kasih kerana banyak sangat membantu ( jaga Danieyah dan Daniesh-Umi sibuk memasak )

Gambar Danieyah Hari Jadi...

Kek Aleesya Danieyah
Suasana semasa Birthday      




Danieyah dan umiynya





 
Danieyah dan Baju Kembang


Danieyah dan sebahagian daripada hadiahnya



Sebenarnya sebelum beli baju ni, sepupu di Tenom (Normala Salleh) sudah jahitkan baju untuk Danieyah Harijadi tapi sayang baju yang dijahit tak muat (agak sempit sedikit) jadi saya dan kawan Office(Dg Sarizah), pergi ke Bandar Kota Kinabalu beli baju ni... Ini gambar baju yang sepupu jahit .. (Cantikkan....)

Tuesday 22 November 2011

~Sebagai Renungan~ : Iktibar daripada Sebatang Pensil

Untuk sama-sama kita kongsi dan manfaatkan bersama pengajaran yang terdapat di dalamnya..........

Daniesh tengah Belajar






 Pernah seorang anak bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.
    "Apa Ummi sedang tulis?Ummi menulis tentang siapa ?Atau pengalaman Ummi?"
Siibu pun menjawab pertanyaan anaknya "Ummi menulis tentang diri kamu nak, tapi ada yang lebih penting  daripada itu iaitu pensel ini."  "Apa yang istimewa tentang pensel ini, ummi?'' tanya si anak lagi....
   "Ummi berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?''.
    ''Ya, Ummi.''
Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini, jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ummi terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisanya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu nak. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baju atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitulah yang Ummi harapkan kepada anak Ummi ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada dijalan yang benar.

Keempat, tahukah anak Ummi mana yang lebih penting; luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon didalamnya. Oleh sebab itu , berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah...

Dan akhir sekali, Iktibar Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ummi berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Wahai Ibu bapa, jangan berputus asa. Apa sahaja kata-kata semangat kita ulang -ulangkan kepada anak-anak (walau nampak seperti mereka tidak mengendahkan ) pasti akan memberi bekas dalam jiwa mereka. Insyaallah bersama-sama lah kita berdoa...semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan soleha, menghormati orang tua dan berkerjaya besar. Amin.......

Buat anak-anak ku Daniesh, Danieyah, ketahuilah Ummi amat menyayangi kamu buat seumur hidup ini, dan sekiranya hidup ini tidak panjang ( Allah lebih menyayangi ), Ummi harap Ummi dapat jadi Ummi kamu selamanya. Ketahuilah bahawa Ummi sangat takut gagal sebagi Ummi kepada anak-anak Ummi.

Sayang Selamanya........................

Thursday 10 November 2011

*sekadar berkongsi.....*

kepada rakan-rakan semua, terlebih dahulu suka umiydd mengingatkan tujuan umiydd membuat blog ini bukan tujuan untuk menunjuk2 atau 'menayang'nya orang brunei tapi sekadar berkongsi, umiydd minta maaf sekira kawan2 terbuang masa membuka blog umiydd ni..

 

Monday 7 November 2011

Salam perkenalan.....

Assalammualaikum....

Salam perkenalan salam 1 Malaysia. Rasa kekok pulak rasanya mula-mula ada blog ni rasa malu ada tapi yang penting berani mencuba. Kepada rakan-rakan yang terbaca sepintas lalu terima kasih sebab singgah sebentar ke blog daniesh danieyah. ..