Tuesday 27 December 2011

~Aleesya Danieyah kehadirannya pelengkap hidupku~..Part II

✿✿••بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ••✿✿
Assalammualaikum w.b.t dan selamat malam.......

Apa khabar kawan2 semua...dah makan?? beli atau masak sendiri..., apa-apalah kan yang penting ada juga isi perut. Malam ni line clear pula dapatlah update blog saya, anak-anak sudah tidur, husband pula dengar lagu guna handphone last last hanphone yang dengar bunyi dia berdengkur, tv tu dari td lagi dipasang tak ada orang yang sudi menonton atau meringankan tulang untuk mematikan. tapi tak apa lah tak la sunyi sangat karang seram la pulak...lain lagi la ceritanya....

Episode minggu lalu saya telah mengambil masa kwn2 untuk membaca kisah anak tua saya Mohd Daniesh Asyraaf, episode kali ni sekali lagi saya mencuri masa kawan2 untuk mendengar kisah anak saya yang kedua....Suka saya mengingatkan disini, ini ruangan saya, apa - apa yang saya coretkan adalah bertujuan mengisi masa lapang dengan cerita yang saya anggap menarik melalui pengalaman dan minat, bagi mereka yang kurang senang atau apa yang saya coretkan disini meloyakan saya minta maaf.Maafkanlah....

Sebenarnya minggu lalu lagi saya sudah bercadang nak masukkan cerita ni tapi tak ada berkesempatan memandangkan dioffice sibuk sangat mengenai SBPA. Eh...kalo nak tahu kami la kumpulan pelaksana yang sangat sibuk mengurus itu dan ini mengenai SBPA peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah...tapi gaji ciput saja naik tapi syukur la jua ada juga penambah-penambah kan...

Berbalik pada tajuk saya diatas...Kehadirannya pelengkap hidupku ...tajuk ni memang sinonim dengan diriku nak cerita pasal "pelengkap" ialah kan sekarang ni saya dah ada rumah sendiri..walaupun kecil tapi tak la bergantung hidup dengan ibu bapa kata orang berdekari, pastu saya ada kerja..dikata bukanlah pegawai tapi boleh la kan.., tapi yang lebih istimewa dalam hidup ni ialah saya ada keluarga kecil suami yang baik walaupun kadang-kadang tu bagi garam hati, biasalah hidup berumahtangga ni ada manis ada pahitnya....dan teristimewa ialah saya ada anak lelaki dan Aleesya Danieyah sekaligus melengkapkan kehidupanku...

Aleesya Danieyah kehadirannya memang dinanti selepas Daniesh juga kehadirannya dinanti. Aku bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t telah kurniakan kepadaku.. semua ini tak ternilai harganya... Tanggal 28.11.2010 tepat jam 1.45 tengahari ianya dilahirkan.

Wajah - wajah ceria anak perempuan...



Inilah Aleesya Danieyah








Daneyah pakai topeng abang Daniesh

Biodata: Aleesya Danieyah Binti Dullah
Umur : 1 tahun 1 bulan
Tarikh Lahir : 28.10.2010
Berat dilahirkan: 3.4kg
Berat sekarang: 8.5kg

Sebenarnya nak upload lebih banyak gambar lagi, tapi line ni macam tak baik pula.Esok Danieyah genap 1 tahun 1 bulan, saya cuti bawa danieyah ke klinik bulan lalu bawa ke klinik sampai diklinik berat badan danieyah tak cukup dgn diorang punya laporan. So, malam ni dapat lah lambat tidur sikit... bagi yang berkerja esok pagi teruskan perjuangan.....kita bertemu diepisode "Trip to Lokawi Wildlife Animal's "

~Kekayaan bukanlah satu DOSA, dan kecantikan bukanlah satu KESALAHAN asalkan tahu untuk meletakkan ia SESUAI pada tempatnya.~✿✿


No comments:

Post a Comment