Monday, 23 April 2012

SAYANG ANAK UMMI


Coretan Buat Anak Sulongku >> MOHAMMAD DANIESH ASYRAAF<<

Mohammad Daniesh Dan Danieyah,

Ummi harap satu hari nanti kamu berdua dapat membaca tulisan khas untuk anak-anak ummi di blog “kasihku Daniesh Danieyah” ini…untuk kenangan anak-anak ummi apabila dewasa kelak..harap-harap masa tu kamu sudah pandai membaca dan berfikir seperi orang dewasa.. dan harap2 blog ummi ini masih wujud untuk tatapan kamu berdua…

Untuk anak Ummi Mohammad Daniesh Asyraaf  waktu ummi melakarkan coretan ini, Daniesh sudah pun berumur 3 tahun 4 bulan…Daniesh sangat pintar bercakap… seperti senapang mesengen mengeluarkan peluru..During, Daniesh tidur ummi akan memeluk dan mencium di setiap sudut diwajah Daniesh dahi, pipi kiri, pipi kanan dan dagu… Daniesh sangat comel hidung Daniesh mancung, pipi Daniesh bulat… comell… Ummi sangat bersyukur kepadaNya kerana telah mengurniakan Daniesh dan Danieyah menjadi sebahagian dari diri Ummi dan Abah …Alhamdulilah… kamulah harta ummi yang paling bernilai sekali dan amanah yang diberikan olehNya untuk Ummi jaga dan bentuk kamu agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, menghormati orang tua dan bijaksana..

Mengenang kembali saat – saat mengandungkan Daniesh  seterusnya melahirkan Daniesh. Daniesh, sebelum ummi mengandungkan Daniesh ummi pernah mengandung tetapi Allah lebih menyayanginya.. Ummi sedih, kecewa…tetapi beberapa bulan selepas tu Ummi dan Abah sangat gembira dan bersyukur  kerana Tuhan telah megurniakan Daniesh untuk Ummi dan Abah. Ummi tak pernah takut untuk melahirkan Daniesh Ummi sangat gembira dan tak sabar hendak mengelurkan Daniesh dari tubuh ummi supaya dapat Ummi peluk dan cium Daniesh setiap hari...lagipun Daniesh aktif menendang dan berlari-lari diperut Ummi.. ummi rasa geli dan setiap kali ummi nampak tapak kaki Daniesh diperut ummi, ummi akan gosok dan cakap dengan Daniesh " apabila Daniesh lahir kelak, Daniesh jadi anak yang baik ok" ya betul sekarang Daniesh memang baik dan dengar cakap ummie, nakal Daniesh menjadi hiburan buat ummi dan Abah...
Tanggal 23.01.2009(Jumaat): Ummi mengalami sakit perut biasa.. memandangkan Daniesh anak sulong dan ummi belum ada pengalaman Abah bergegas menghantar ummi ke hospital dalam jam 11 malam..sampai di hospital Papar Ummi dibawa oleh nurse ke bilik penilaian untuk mencek bukaan rahim ... masih lagi 2 cm.. ummi di arahkan masuk wad... ummi tak dapat tidur di hospital... ummi tak biasa, tak selesa....perut ummi tak sakit lagi sedangkan ummi tak sabar hendak mengeluarkan Daniesh dari tubuh ummi...Ummi bangun dari katil dan menyingkap sedikit langsir tingkap hospital ummi nampak kereta Abah... Abah pun tak sabar menunggu kelahiran Daniesh... Abah pasang radio... ummi dengar... kasihan Abah terpaksa tidur dikereta untuk menemani Ummi... sampai bateri kereta Abah weak ... nasib ada kawan Abah...
Tanggal 24.01.2009 (Sabtu): Ramai saudara melawat tapi Daniesh belum keluar dari tubuh ummi, ummi tak sabar...kemudian menjelang malam semua orang sudah balik tinggal ummi dan Abah.. jam 7.00 malam Abah pun diarah keluar ummi sunyi... perut ummi tak sakit lagi ummi tak sabar sangat-sangat.. ummi harap Daniesh akan keluar malam tu juga sebab ummi harap apabila esok hari datang saudara melawat ummi dah gendong dan nyusukan Daniesh... Ummi memberanikan diri pergi berjumpa dengan nurse yang bertugas meminta nurse tersebut mencek ummi semula.. baru 4 cm belum boleh lagi kata nurse yang bertugas...tak lama selepas tu perut ummi mula sakit tapi sakit biasa saja...ummi sekali lagi berjumpa nurse... 6 cm.. nurse tu tanya ummi "mahu masuk bilik bersalin sudahkah??...ummi dengan gagah dan  bersemangat bercakap "iya"... ummi terus membawa beberapa pakaian Daniesh untuk di bawa ke bilik bersalin...Ummi di arahkan baring di katil tersebut... nurse tersebut membuka meja ya ditutup dengan kain hijau... ummi terkejut apabila di dalam talam besi itu ada gunting yang berbagai saiz panjang dan besar dan jarum yang sebesar ibu jari kaki dan sepanjang panjang pen... ummi mula merasa takut tapi mengagahkan diri... nurse itu mula berkata pada ummie "sudah bersedia, inilah proses melahir anak"...ummi mengangguk tak berkata apa2... selepas air tutuban dipecahkan ummi merasa sakit yang teramat sangat.. ummi menjerit dan meminta bantuan nurse.. ummi memegang tangan nurse meminta tolong....jam sudah menunjukkan jam 12 lebih malam.... ummi cakap dengan nurse tersebut agar menggunakan apa cara saja agar Daniesh dikeluarkan dari tubuh ummi kerana ummi sudah tidak tahan menanggung kesakitan yang teramat sangat.. ummi sempat mengarahkan nurse mengunakan vakum untuk mengeluarkan Daniesh.. tapi nurse tersebut memberitahu kesan mengunakan vakum...ummi disuntik dengan air yang ummi gelar air tenaga dan diberi bantuan pernafasan kerana ummi sangat letih... nurse tersebut memanggil doktor... ummi terkejut kerana doktor lelaki..Doktor tersebut memegang tangan ummi untuk merasa kepala Daniesh dipermukaan rahim ummi, umie terus bersemangat dan meneran sekuat yang mampu... nurse di bilik tersebut turut memberi sokongan... jam 1.45 pagi @ bersamaan 25.01.2009 ..Daniesh dilahirkan..

Ummi dan Abah sangat gembira... dan telah memberi nama Mohammad Daniesh Ayraaf 
gambar ni selepas sehari Daniesh dilahirkan

 Maksud nama Mohammad Daniesh Asyraaf tu ialah Daniesh bermakna berpengetahuan dan Asyraaf tu bermakan yang mulia... semoga membesar dengan sihat dan di murahkan rezeki.Amin.

MOHAMMAD DANIESH ASYRAAF
M>Mesra
O>Oportunis
H>Harum
A>Amanah
M>Menawan
M>Manis
A>Alim 
D>Dinamik

D>Dedikasi
A>Abadi
N>Naif
I>Ikhlas
E>Emosional
S>Suci
H>Harum

A>Asli
S>Setia
Y>Yakin
R>Ramah 
A>Adil 
A>Adil
F>Fleksibel

Sekarang Daniesh dah besar.. dah pandai jaga adik Danieyah.. dah pandai buang air kecil sendiri dah pandai buang air besar sendiri.. ummi tak payah belikan Daniesh Pampers sebab Daniesh memang dah pintar... 



Daniesh dan Danieyah jadilah kamu seorang Muslim yang taat yang mengamalkan segala ajaran Islam dengan sebenar-benarnya walau ke mana pun kamu pergi, walau bagaimana besarnya perbezaan antara mereka dengan kamu dan biar pun mereka menganggap kamu pelik dan asing semata-mata kerana kamu mengamalkan ajaran agama kamu. Dan inginlah ummi dan Abah berpesan kepada kamu sebagaimana pesan Luqman kepada anaknya yang diceritakan dalam kitab suci kita al-Quran, janganlah anakku sekali-kali kamu mempersekutukan Allah kerana perbuatan syirik itu adalah sangat zalim, serta berbuat baiklah kamu anakku kepada kedua-dua ibu bapa kamu.

Buat Anak-anakku...... Ummi sayang kamu selamanya...

Wednesday, 18 April 2012

Selamat Hari Jadi Mama yang ke-62 tahun






Mama,

Selamat hari jadi yang ke 62 tahun, semoga mama dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik .....gambarni sebenarnya sudah seminggu yang lalu di ambil iaitu pada 10.04.2012 tapi lambat upload sebab line tak berapa baik.. pastu tiada mood nak upload..

sebenarnya, akupun tak tahu dari mana nak mula .. apa yang aku tahu aku amat menyayangi Ibuku...
terima kasih atas segala-galanya...Jasamu akan sentiasa ku kenang dan tak terbalas rasanya... hanya ungkapan "TERIMA KASIH" yang dapat ku katakan.. ku tahu mama mungkin tak akan berpeluang membaca dan melihat belog anakmu yang tak seberapanya ni.. kerana mama tak pandai baca ... tapi mungkin suatu hari nanti... >>>(ada lagu ni untuk mama)<<<

Ibu-ibu engkaulah ratu hatiku
bilaku berduka engkau hiburkan selalu...

Opsss!! terlupa lirik...nanti la search dulu dalam google baru sambung selebihnya

Apapun mari kita tengok sedikit gambar bergambar

Happy birthday kepada Syifa juga yang ke -2 tahun
itu kepala Danieyah aku.....

juga selamat hari jadi kepada kakak aku sama tarikh sama mama 10.04.2012
Danieyah sayang tengok sini
si Abah melayan anak-anak sedangkan mama sibuk ambik gambar
mama dan adik beradik
tu yang ada janggut musang tu bapaku...
ipar2 aku  

Thursday, 29 March 2012

Jangan sombong bila dah berada di atas



Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia. Apa khabar semua? harap2 sihat la ya alhamdulilah... hari ni aku terlebih kenyang .. tadi pagi makan nasi berlaukan sayur kacang dan ikan sardin boleh dikira banyaknya la juga.. kemudian belum sempat lapar lagi sudah makan kfc di Wawasan...syukurlah alhamdulilah rezeki Allah s.w.t bagi...

Okay, direct pada entri aku hari ni... hari ni aku nak kongsi pendapat dari mata hati aku mengenai sifat "SOMBONG". Aku ada terbaca pada satu blog rakan2 dan tajuk ni menarik minat aku untuk dikongsi dan diisi pada blog aku. Sifat sombong ni akan terserlah apabila seseorang itu sudah berada diatas, maksudnya bila dah capai sedikit tingkat tertinggi dalam bidang apa sekalipun...mulalah nak tunjuk belang kata orang. Sebagai contoh dapat kerja yang baik, dapat naik pangkat, dapat suami/isteri kaya atau berkerjaya, dapat busnies baik, rumah besar dan sebagainya..

Okay tu sebahagian daripada contoh keadaan apabila seseorang tu dah berada di atas. Kadang-kadang tu  ada yang sombong pada Ibu Bapa itu lagilah teruk... kes nyaya oiii...kalau nak sombongpun jangan la sombong pada Ibu Bapa, kalau tak kerana mereka siapa la kita... Aku bukan la baik sangat untuk memberi pendapat tapi sekadar untuk berkongsi juga mengingati diri sendiri. Nasihat aku disamping memperingati untuk diri sendiri juga rakan2 bukan tujuan atau menyindir tapi setakat berkongsi juga nasihat kepada anak-anak aku ( apabila dewasa kelak-jenguk2lah blog umie) jadilah Insan yang baik dan ingat pada satu pepatah "dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung"janganlah seperti "Kadok naik junjung", janganlah bersifat sombong ataupun takbur dengan apa yang kita capai tu, kita kena ingat semua yang yang kita dapat tu datangnya dari Allah. Bila-bila masa je Allah boleh tarik nikmat itu.

Ada segelintir merasa bahawa apa yang di miliki ni 100% hasil dari usaha sendiri. Memang tidak dinafikan, apa yang kita usahakan itulah yang kita dapat. Tapi kita perlu ingat, semuanya tidak akan tertunai tanpa izin dari Allah s.w.t.

So, kita sebagai hamba Allah s.w.t kenalah bersyukur dengan apa yang ada, jangan sombong riak ataupun takabur. Jika kita bersyukur dengan nikmat yang ada nescaya Allah akan tambahkan nikmat itu. Amin...

Wednesday, 21 March 2012

HIKMAH BERDIAM DIRI


Assalammualaikum dan selamat Petang,

Macam sudah lama rasanya saya tak update blog... bukan tiada masa tapi malas hendak taip, kadang2 tu sudah setengah taip di delete semula ayat tak menarik la, idea tak ada la cerita melalut la apa2 la. what ever la... lebih baik diamkan diri seperti entry saya hari ini.. sumber ni saya dapat hasil daripada kreativiti bloger lain mohon diizikan dicoretkan didalam blog saya ini... Terima kasih...

Bak kata orang

"IKUTLAH SEPERTI RESMINYA PADI
 SEMAKIN BERISI TUNDUK KE BUMI
 SEMAKIN BERILMU MERENDAH DIRI
 ITU SIFAT YANG TERPUJI"..

Hikmah Berdiam Diri

  • Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
  • Perhiasan tanpa berhias.
  • Kehebatan tanpa kerajaan.
  • Benteng tanpa pagar.
  • Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
  • Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
  • Menutup segala aib.
Hadis-hadis Rasullulah  mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
  • "Barang sesiapa yang banyak perkataanya, nescaya banyaklah silapnya. Barang siapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosa. Dan barang siapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (RW ABU NAIM)
  • "Barang siapa yang beriman kepada Allah s.w.t dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam" .(RW BUKHARI & MUSLIM)
  • "Barang siapa diam maka ia terlepas dari bahaya".(RW AT-TARMIZI)
Saya memilih entri ini secara langsung memberi memperingatkan kita sesama sendiri.. terutama kepada diri saya sendiri agar apabila saya terlihat entri saya dalam blog saya, saya akan beringat sendiri jangan sesakali berkata atau bercakap yang menyinggung perasaan teman yang boleh menimbulkan rasa sakit hati atau benci..Saya nak bercerita satu kisah tentang my hubby... dia ni memang pendiam kalau ada benda nak cerita barulah cerita kalau tiada berdiam sajalah.... pernah saya bertanya kepadanya inilah perbualan antara si isteri dan si suami..

Siisteri : Kenapa abang ni tak banyak cakap??
soal isteri apabila sisuami ditanya satu soalan dijawab sepatah menimbulkan kemarahan siisteri
Sisuami: " tak payahlah banyak cakap sangat nanti tersalah cakap boleh penyebab pergaduhan"
semenjak hari tu saya jarang marah kerana saya sudah faham dengan suami saya, dia malas nak bercakap kerana dia takut tersalah cakap dan menyebabkan pergaduhan.

Madah Dari Hukama:
  • BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP
  • MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.
  • KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI  
sekian... sekadar mengupdate blog yang dah hampir sebulan tak terupdate...

Monday, 13 February 2012

DANIESH DAN CITA CITA


Assalammualaikum dan selamat pagi.... berkenaan dengan entri saya diatas, semalam bersembang dengan anak(Daniesh)..Daniesh memang anak yang kuat bercerita ... macam-macam cerita yang terlintas difikiranya... Seronok juga sebab sudah ada kawan berbual bukan apa my huby tu agak pendiam sikit ... kalau ada mau dicerita barulah rancak cerita kalau tiada dok diam tengok tv... mari kita tengok perbualan antara anak yang pintar dan comel dan Umie yang cute.. (Umie memang sudah lama tahu cita-cita anak yang pintar dan comel ni.. tapi saja balik-balik tanya....)

Umie yang ciut: Kalau Daniesh sudah besar, Daniesh mau jadi apa????....
Anak yang pintar dan comel: Daniesh mau jadi Cigu atau Polis.
Umie yang ciut: Kenapa mau jadi Polis??
Anak yang pintar dan comel: mau tangkap dan tembak Umie (Umie terkejut)..... bukan bah....Daniesh kan  sayang Umie... Daniesh tangkap dan tembak orang jahat yang macam dalam tv tu...
Umie yang ciut: Kenapa mau jadi Cikgu???..
Anak Yang pintar dan comel: Selamat pagi cigu...( itu la saja yang dia cakap)...

Mungkin difikiran anak-anak tugas cikgu hanya disapa selamat pagi ......sebenarnya anak-anak ni mereka belum faham apa-apa.. yang mereka faham setiap hari kita pergi kerja petang kita dapat gaji itu la yang mereka faham... setiap balik kerja mereka tengok ada saja ole-ole untuk mereka... anak yang kecil tu pun mula mengikut stail dan gaya abang... ia la kan kadang-kadng singgah ke Supermarket beli barang sikit kemudian belikan sedikit makanan anak-anak.... sampai saja dirumah dua-dua anak bergegas membuka plastik yang dibawa...merebut mahu tengok apa yang dibeli oleh Abah dan Umie diorang ni....terkena yang buka ayam mentah baru tau!!... saya selalu berharap dan berdoa semoga Daniesh Dan Danieyah jadi  yang soleh dan solehah.... dan semoga cita - cita yang disebut dibibir sewaktu kecil ni tercapai  apabila mereka dewasa kelak... Amin....

Sunday, 12 February 2012

Mandi - mandi di Pantai Kenangan, Bongawan...


Assalammualaikum, selamat tengah hari dan selamat hari isnin...juga salam 1 Malaysia... Emmm rasa macam sudah lama tak upated blog aku... kalo dikatakan sibuk taklah juga .... tiada idea nak dicerita ....

Rindunya aku dengan anak-anak cuti dua hari memang tak cukup bersama anak-anak..., inipun sibuk tengok gambar anak -anak dalam handpone.. ginilah setiap hari kalau time kerja... sampai saja dioffice duduk tengok handpone call emak tanya sal anak-anak.. pastu lihat gambar anak-anak....cubalah aku jadi suri rumah sepenuh masa eemmm..... aikss!! aku tak pandai bersyukur la ... Allah s.w.t dah bagi aku kerja yang baik.. tak pandai bersyukur .. sedangkan diluar sana ramai lagi orang yang belum ada kerja tetap.....

Pendekan cerita, berbalik pada entry diatas...tengah aku sibuk-sibuk tengok gambar dalam handphone aku tertarik hati pada gambar dimana aku,my huby,anak-ank  dan anak buah husband aku di Bongawan pergi mandi-mandi di Pantai Kenangan...Seronok sekali sekali... tapi aku ni bukan sekali sekala lagi ... kerap la juga asal balik tempat rumah mertua di bongawan.... anak-anak (sidaniesh) mesti ajak abah dia pergi mandi di Pantai... jadi mau tak mau terpaksa lah pergi sebab ramai anak-anak buah ikut .... tukang jaga budak-budak...sekali sekala tu berendam juga macam badak berendam la pulak... hahaha.....memang seronok...masa tu la aku my huby dan anak-anak menghabiskan masa.....

Jom kita layan sedikit gambar... Mandi-mandi di Pantai..

Danieyah seronok mandi Ombak... Kata Daniesh

Emmm seronoknya Danieyah
nyaman ketawanya...
Daniesh main pasir....
Daniesh dan sepupunya... main kuek tanah..
Anak buah my huby ... macam buat iklan baju mandi saja kan..
Cantik juga pandai Kenangan ni...
Ummie dan Danieyah Berendam...lawa benar rambuttu...
apalah budak-budak ni buat....
yang sebelah sana tu gerai2 .. dulu tempat ni meriah sangat pagi petang memang ramai orang .... macam2 jual makanan tapi sekarang macam kurang sda orang ... tapi seronok juga mandi... tiada orang tengok...kalo dulu ada brunei fm juga disini.. tapi sekarang tak tau dimana sudah studio diorang....

Wednesday, 1 February 2012

Happy Birthday to me....





Assalammualaikum dan selamat pagi...... arini genap la sudah umurku aku 30 tahun (02.02.2012).....satu tarikh favarate aku.....apa taknya selain birthday aku tarikh ni juga merupakan tarikh di mana bandar Kota Kinabalu dibuka sebagai Bandaraya Kota Kinabalu... yang diiktiraf sebagai bandar yang Bandaraya kelima di Malaysia yang bersih dan selamat di duduki..... (maklumat ni pun pagi tadi aku dgr dlm " SEJARAH HARI INI"....dlm klasik fm)

Terima kasih ya Allah swt...aku bersyukur kepada nikmat didunia yang telah Kau kurniakan kepadaku...telah memberikan aku kebahagiaan... dilahirkan oleh Ibu bapa yang baik dan penyayang... keluarga yang baik... suami yang baik....anak-anak yang comel .... dan sihat......Aku berharap Kau panjangkanlah umur kami untuk 50 tahun lagi .....Amin.....

Diusia ini aku bukan lagi berada ditahap 20-an .... sekarang aku sudah di ambang 30-an....sudah setengah dekad umurku.... aku pun sudah tidak ingat dalam masa 30 tahun aku hidup... aku dimana????..... sungguh pantas masa ini berlalu....segala kisah suka dan duka telah ku harungi....ku penat dan lelah tapi hidup mesti diteruskan kerana kekuatan "Kasihku Daniesh Danieyah"...........

HaPPy Birthday To mE...

Sekian ........................sambung kerja oiiii !!! dyg asmah daud............