Thursday, 29 March 2012

Jangan sombong bila dah berada di atas



Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia. Apa khabar semua? harap2 sihat la ya alhamdulilah... hari ni aku terlebih kenyang .. tadi pagi makan nasi berlaukan sayur kacang dan ikan sardin boleh dikira banyaknya la juga.. kemudian belum sempat lapar lagi sudah makan kfc di Wawasan...syukurlah alhamdulilah rezeki Allah s.w.t bagi...

Okay, direct pada entri aku hari ni... hari ni aku nak kongsi pendapat dari mata hati aku mengenai sifat "SOMBONG". Aku ada terbaca pada satu blog rakan2 dan tajuk ni menarik minat aku untuk dikongsi dan diisi pada blog aku. Sifat sombong ni akan terserlah apabila seseorang itu sudah berada diatas, maksudnya bila dah capai sedikit tingkat tertinggi dalam bidang apa sekalipun...mulalah nak tunjuk belang kata orang. Sebagai contoh dapat kerja yang baik, dapat naik pangkat, dapat suami/isteri kaya atau berkerjaya, dapat busnies baik, rumah besar dan sebagainya..

Okay tu sebahagian daripada contoh keadaan apabila seseorang tu dah berada di atas. Kadang-kadang tu  ada yang sombong pada Ibu Bapa itu lagilah teruk... kes nyaya oiii...kalau nak sombongpun jangan la sombong pada Ibu Bapa, kalau tak kerana mereka siapa la kita... Aku bukan la baik sangat untuk memberi pendapat tapi sekadar untuk berkongsi juga mengingati diri sendiri. Nasihat aku disamping memperingati untuk diri sendiri juga rakan2 bukan tujuan atau menyindir tapi setakat berkongsi juga nasihat kepada anak-anak aku ( apabila dewasa kelak-jenguk2lah blog umie) jadilah Insan yang baik dan ingat pada satu pepatah "dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung"janganlah seperti "Kadok naik junjung", janganlah bersifat sombong ataupun takbur dengan apa yang kita capai tu, kita kena ingat semua yang yang kita dapat tu datangnya dari Allah. Bila-bila masa je Allah boleh tarik nikmat itu.

Ada segelintir merasa bahawa apa yang di miliki ni 100% hasil dari usaha sendiri. Memang tidak dinafikan, apa yang kita usahakan itulah yang kita dapat. Tapi kita perlu ingat, semuanya tidak akan tertunai tanpa izin dari Allah s.w.t.

So, kita sebagai hamba Allah s.w.t kenalah bersyukur dengan apa yang ada, jangan sombong riak ataupun takabur. Jika kita bersyukur dengan nikmat yang ada nescaya Allah akan tambahkan nikmat itu. Amin...

Wednesday, 21 March 2012

HIKMAH BERDIAM DIRI


Assalammualaikum dan selamat Petang,

Macam sudah lama rasanya saya tak update blog... bukan tiada masa tapi malas hendak taip, kadang2 tu sudah setengah taip di delete semula ayat tak menarik la, idea tak ada la cerita melalut la apa2 la. what ever la... lebih baik diamkan diri seperti entry saya hari ini.. sumber ni saya dapat hasil daripada kreativiti bloger lain mohon diizikan dicoretkan didalam blog saya ini... Terima kasih...

Bak kata orang

"IKUTLAH SEPERTI RESMINYA PADI
 SEMAKIN BERISI TUNDUK KE BUMI
 SEMAKIN BERILMU MERENDAH DIRI
 ITU SIFAT YANG TERPUJI"..

Hikmah Berdiam Diri

  • Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
  • Perhiasan tanpa berhias.
  • Kehebatan tanpa kerajaan.
  • Benteng tanpa pagar.
  • Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
  • Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
  • Menutup segala aib.
Hadis-hadis Rasullulah  mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
  • "Barang sesiapa yang banyak perkataanya, nescaya banyaklah silapnya. Barang siapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosa. Dan barang siapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (RW ABU NAIM)
  • "Barang siapa yang beriman kepada Allah s.w.t dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam" .(RW BUKHARI & MUSLIM)
  • "Barang siapa diam maka ia terlepas dari bahaya".(RW AT-TARMIZI)
Saya memilih entri ini secara langsung memberi memperingatkan kita sesama sendiri.. terutama kepada diri saya sendiri agar apabila saya terlihat entri saya dalam blog saya, saya akan beringat sendiri jangan sesakali berkata atau bercakap yang menyinggung perasaan teman yang boleh menimbulkan rasa sakit hati atau benci..Saya nak bercerita satu kisah tentang my hubby... dia ni memang pendiam kalau ada benda nak cerita barulah cerita kalau tiada berdiam sajalah.... pernah saya bertanya kepadanya inilah perbualan antara si isteri dan si suami..

Siisteri : Kenapa abang ni tak banyak cakap??
soal isteri apabila sisuami ditanya satu soalan dijawab sepatah menimbulkan kemarahan siisteri
Sisuami: " tak payahlah banyak cakap sangat nanti tersalah cakap boleh penyebab pergaduhan"
semenjak hari tu saya jarang marah kerana saya sudah faham dengan suami saya, dia malas nak bercakap kerana dia takut tersalah cakap dan menyebabkan pergaduhan.

Madah Dari Hukama:
  • BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP
  • MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.
  • KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI  
sekian... sekadar mengupdate blog yang dah hampir sebulan tak terupdate...

Monday, 13 February 2012

DANIESH DAN CITA CITA


Assalammualaikum dan selamat pagi.... berkenaan dengan entri saya diatas, semalam bersembang dengan anak(Daniesh)..Daniesh memang anak yang kuat bercerita ... macam-macam cerita yang terlintas difikiranya... Seronok juga sebab sudah ada kawan berbual bukan apa my huby tu agak pendiam sikit ... kalau ada mau dicerita barulah rancak cerita kalau tiada dok diam tengok tv... mari kita tengok perbualan antara anak yang pintar dan comel dan Umie yang cute.. (Umie memang sudah lama tahu cita-cita anak yang pintar dan comel ni.. tapi saja balik-balik tanya....)

Umie yang ciut: Kalau Daniesh sudah besar, Daniesh mau jadi apa????....
Anak yang pintar dan comel: Daniesh mau jadi Cigu atau Polis.
Umie yang ciut: Kenapa mau jadi Polis??
Anak yang pintar dan comel: mau tangkap dan tembak Umie (Umie terkejut)..... bukan bah....Daniesh kan  sayang Umie... Daniesh tangkap dan tembak orang jahat yang macam dalam tv tu...
Umie yang ciut: Kenapa mau jadi Cikgu???..
Anak Yang pintar dan comel: Selamat pagi cigu...( itu la saja yang dia cakap)...

Mungkin difikiran anak-anak tugas cikgu hanya disapa selamat pagi ......sebenarnya anak-anak ni mereka belum faham apa-apa.. yang mereka faham setiap hari kita pergi kerja petang kita dapat gaji itu la yang mereka faham... setiap balik kerja mereka tengok ada saja ole-ole untuk mereka... anak yang kecil tu pun mula mengikut stail dan gaya abang... ia la kan kadang-kadng singgah ke Supermarket beli barang sikit kemudian belikan sedikit makanan anak-anak.... sampai saja dirumah dua-dua anak bergegas membuka plastik yang dibawa...merebut mahu tengok apa yang dibeli oleh Abah dan Umie diorang ni....terkena yang buka ayam mentah baru tau!!... saya selalu berharap dan berdoa semoga Daniesh Dan Danieyah jadi  yang soleh dan solehah.... dan semoga cita - cita yang disebut dibibir sewaktu kecil ni tercapai  apabila mereka dewasa kelak... Amin....

Sunday, 12 February 2012

Mandi - mandi di Pantai Kenangan, Bongawan...


Assalammualaikum, selamat tengah hari dan selamat hari isnin...juga salam 1 Malaysia... Emmm rasa macam sudah lama tak upated blog aku... kalo dikatakan sibuk taklah juga .... tiada idea nak dicerita ....

Rindunya aku dengan anak-anak cuti dua hari memang tak cukup bersama anak-anak..., inipun sibuk tengok gambar anak -anak dalam handpone.. ginilah setiap hari kalau time kerja... sampai saja dioffice duduk tengok handpone call emak tanya sal anak-anak.. pastu lihat gambar anak-anak....cubalah aku jadi suri rumah sepenuh masa eemmm..... aikss!! aku tak pandai bersyukur la ... Allah s.w.t dah bagi aku kerja yang baik.. tak pandai bersyukur .. sedangkan diluar sana ramai lagi orang yang belum ada kerja tetap.....

Pendekan cerita, berbalik pada entry diatas...tengah aku sibuk-sibuk tengok gambar dalam handphone aku tertarik hati pada gambar dimana aku,my huby,anak-ank  dan anak buah husband aku di Bongawan pergi mandi-mandi di Pantai Kenangan...Seronok sekali sekali... tapi aku ni bukan sekali sekala lagi ... kerap la juga asal balik tempat rumah mertua di bongawan.... anak-anak (sidaniesh) mesti ajak abah dia pergi mandi di Pantai... jadi mau tak mau terpaksa lah pergi sebab ramai anak-anak buah ikut .... tukang jaga budak-budak...sekali sekala tu berendam juga macam badak berendam la pulak... hahaha.....memang seronok...masa tu la aku my huby dan anak-anak menghabiskan masa.....

Jom kita layan sedikit gambar... Mandi-mandi di Pantai..

Danieyah seronok mandi Ombak... Kata Daniesh

Emmm seronoknya Danieyah
nyaman ketawanya...
Daniesh main pasir....
Daniesh dan sepupunya... main kuek tanah..
Anak buah my huby ... macam buat iklan baju mandi saja kan..
Cantik juga pandai Kenangan ni...
Ummie dan Danieyah Berendam...lawa benar rambuttu...
apalah budak-budak ni buat....
yang sebelah sana tu gerai2 .. dulu tempat ni meriah sangat pagi petang memang ramai orang .... macam2 jual makanan tapi sekarang macam kurang sda orang ... tapi seronok juga mandi... tiada orang tengok...kalo dulu ada brunei fm juga disini.. tapi sekarang tak tau dimana sudah studio diorang....

Wednesday, 1 February 2012

Happy Birthday to me....





Assalammualaikum dan selamat pagi...... arini genap la sudah umurku aku 30 tahun (02.02.2012).....satu tarikh favarate aku.....apa taknya selain birthday aku tarikh ni juga merupakan tarikh di mana bandar Kota Kinabalu dibuka sebagai Bandaraya Kota Kinabalu... yang diiktiraf sebagai bandar yang Bandaraya kelima di Malaysia yang bersih dan selamat di duduki..... (maklumat ni pun pagi tadi aku dgr dlm " SEJARAH HARI INI"....dlm klasik fm)

Terima kasih ya Allah swt...aku bersyukur kepada nikmat didunia yang telah Kau kurniakan kepadaku...telah memberikan aku kebahagiaan... dilahirkan oleh Ibu bapa yang baik dan penyayang... keluarga yang baik... suami yang baik....anak-anak yang comel .... dan sihat......Aku berharap Kau panjangkanlah umur kami untuk 50 tahun lagi .....Amin.....

Diusia ini aku bukan lagi berada ditahap 20-an .... sekarang aku sudah di ambang 30-an....sudah setengah dekad umurku.... aku pun sudah tidak ingat dalam masa 30 tahun aku hidup... aku dimana????..... sungguh pantas masa ini berlalu....segala kisah suka dan duka telah ku harungi....ku penat dan lelah tapi hidup mesti diteruskan kerana kekuatan "Kasihku Daniesh Danieyah"...........

HaPPy Birthday To mE...

Sekian ........................sambung kerja oiiii !!! dyg asmah daud............



 

Tuesday, 31 January 2012

mY CoUsIn PiNkY EngageMent


Tahniah... Nermalawati Binti Nazri atau cik mala parang kontot... akak ucapkan semoga dipanjangkan jodoh sehingga ke jenjang pelamin la hendaknya... syukur alhamdulilah majlis ni berjalan dengan lancar dan meriah... mari kita sama tonton sedikit gambar yang baruku upload dari fb...
mala dan bakal mak mertua....bersalam tu bah mahal.. terkangkang semua jari...
kasih sayang mereka di abadikan pada kek...

masa mau makan kek ni takut bebenar nak makan sal takut termakan gambar gigi si mala ... walaupun gambar nanti terbayang lain pula ... terbayang makan gigi...

baju pink yang comil tu mama aku.... bukan ko mala...yang baju T-shirt pink kakak aku dan yang pakai baju purple tu mama si mala....
gambar keluarga
Amboi!!! daniesh ku sayang tu.... sabar la nak... nanti lepas bergambar dapat habuan... tak sabar betul mau buka hamper....
ini time di dapur..... potong ayam .... buat Nasi Ayam...
Sian muka diaorang kabur sebab ambik guna phone kali ... tak nampak nampak sama saja tapi tak apalah boleh juga tu....

danieyah dan babu mala...
cumillnya danieyah tu... anak siapa la tu????....pegang -pegang rambut orang.....tak pa la mala praktis jaga anak karang kalau sudah anak tiada sudah pegang anak orang....
daniesh aku....
HOMAIGOD!! anak aku .... gembiranya... time ni aku tengah cari daniesh aku suruh sepupu aku yang satu tolong cari jadi dia ambik gambar menandakan dia jumpa anak aku ... gini la wajah loyar anak aku yang nakal ni... pandai betul bergambar...

ha...ni la dia lelaki yang telah menarik minat sepupuku yang seorang ni... orang pendek-pendek tagap biasalah orang Sabah....bah!!....bagai pinang di belah dua... Semoga jodoh kalian dipanjangkan sehingga ke anak cucu. Amin.....




Monday, 30 January 2012

Pagi pagi dah merasa lesu....






Amboi !!! entri tu macam iklan dalam tb saja.. kehabisan idea la tu...seriusly, setiap hari kalau mula kerja start bangun pagi badan ni malas sangat mahu bangun.... penat , lesu semua penyakit keluar... sakit badan, sengal badan, sakit tulang la apa la.... kalau begini untuk 30 puluh tahun akan datang... Mampukah aku????...

tapi hidup mesti diteruskan... kerja tetap kerja....kuatkan hati ... kuatkan semangat.... semua ku lakukan kerana Allah s.w.t..kerana diri dan anak-anak dan family... Motivasi diri la tu !!!...

Jam ni pun lambat sangat mau jam satu tengah hari mata ni penat, mengantuk yang teramat sangat... kerja banyak tapi fail belum sampai .... fail oh fail dimana ko????....

Ah!! pagi pagi sudah merapu... begini la cara yang simple untuk menghilangkan boring dan tekanan... menaip dan berfikir apa yang hendak di rapukan....membuang masa ... supaya cepat balik .... jumpa anak-anak pengarang jantung... I miss u my baby.... Daniesh Danieyah......

Cerita pasal Danieyah semalam, mungkin salah satu sebab aku penat hari ni berkerja ... dah lah dia tidak mahu tidur dekat jam 1 pagi pun belum tidur lagi...tak tahu la apa masalahnya .. sakit perut tak mungkin .... mungkin kepanasan sebab dia tidur depan kipas al maklumlah rumah kampung mana ada aircond....tunggulah Ummie kaya sikit... dapat lah pasang aircond...atau ada rezeki sikit dapat lah beli kipas yang besar sikit ... paling kuatpun semua selimut terbang .... kain baju dalam bilik terbang macam di angkasa lepas... hahaha... merapu ... merapu apakah ini????....

sekian untuk hari ini....

Pengajarannya disini:
kata - kata di ambil dari sumber bacaan kata kata hikmah